suria

Jenazah arwah Syakirah Hanan sempurna, hampir 1,000 beri penghormatan terakhir di tanah perkuburan

Jenazah Syakirah Hanan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

"ALHAMDULILLAH, jenazah anak sangat comel," demikian kata Mazli Yusoh sebaik selesai urusan pengebumian anaknya, Syakirah Hanan Mazli yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat Kuala Terenggaanu, pada tengah hari Isnin.

Mazli, 51, berkata beliau bersyukur kerana keadaan jenazah anaknya sempurna dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar.

"Hanya lebih kepada kecederaan dalaman dan hanya sedikit cedera pada wajah,"ujarnya lagi.

Jenazah Syakirah Hanan, 25, penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah kira-kira 12.30 tengah malam tadi. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Anak siapalah tu, kesiannya...” - Ibu bapa pelajar UniSZA sempat lalu di lokasi nahas

Hampir 1,000 ahli keluarga, saudara-mara, rakan serta penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Syakirah Hanan disahkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz ketika melalui simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, pada pukul 1.38 tengah hari Isnin. 

Ketika kejadian, anak kedua daripada tujuh beradik itu dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi menguruskan hal berkaitan latihan mengajar yang dijadualkan bermula Mac ini. 

Video kemalangan menyayat hati melibatkan arwah turut tular di media sosial dan mengundang sebak warga maya.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia