PEMERGIAN seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu amat meruntun jiwa apabila ibu bapanya dikatakan sempat lalu di lokasi kejadian tanpa menyedari mangsa adalah anak sendiri.Mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, disahkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz ketika melalui simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada pukul 1.38 tengah hari, Isnin. Kisah menyayat hati itu tular selepas posting dimuat naik oleh Farah Aqeelah di media sosial yang mendedahkan ibu bapa arwah sempat melihat kemalangan tersebut, namun tidak mengenali mangsa kerana keadaan kenderaan yang remuk teruk dan situasi di lokasi begitu sesak.Keadaan kereta yang dinaiki Syakirah selepas dirempuh Honda Jazz pada Isnin.Ketika kejadian, bapa Allahyarham, Mazli Yusoh, 51, yang juga dikenali sebagai Ustaz Mazli dan isterinya, Nurul Huda Ibrahim sedang dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan di Kuala Berang."Arwah merupakan anak saudara kepada mak long (ibu saudara Farah) saya. Paling sedih bila mak ayah arwah sempat lalu tempat kejadian lepas kemalangan tu siap cakap teruknya... anak siapalah tu, kesiannya."Tapi disebabkan terlalu ramai orang dan kereta pun dah agak hancur teruk, mak ayah dia tak cam dan berlalu pergi teruskan perjalanan," ujarnya. Mazli hanya menyedari mangsa merupakan anaknya selepas 30 minit kemudian apabila menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memaklumkan kenderaan didaftarkan atas namanya terbabit dalam kemalangan.Momen Syakirah (kiri) bersama Iffah setelah berjaya menamatkan pengajian di Mesir pada Oktober 2024.Allahyarham Syakirah merupakan anak kedua daripada tujuh beradik dan ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi menguruskan hal berkaitan latihan mengajar (praktikal) yang dijadualkan bermula Mac ini.Difahamkan, pada malam sebelum kejadian arwah sempat memaklumkan akan ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sebelum menuju ke JPNT. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ibadurrahman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Bekah pada pukul 11 malam, Isnin sebagaimana dimaklumkan adik beradik arwah, Amjad Hakimi Mazli.Untuk rekod, Allahyarham merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Kaherah di Mesir sebelum menyambung pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan di UniSZA dalam bidang Pengajian Kontemporari Islam (FKI) dan dikenali sebagai pelajar cemerlang serta berakhlak baik.Dalam kenangan... Jalil (kanan) ketika menghadiri majlis konvokesyen anaknya dan Syakira (kiri) di Mesir.Bapa kepada rakan Allahyarham, Abdul Jalil Abdullah, turut berkongsi kenangan bersama arwah yang sama-sama belajar di luar negara dengan anaknya, Iffah, dalam satu hantaran di Facebook.Katanya, Syakirah pernah bersama rombongan keluarganya ke Mesir sempena Majlis Konvokesyen Al-Azhar pada Oktober 2024."Jujur saya terasa sedih apabila seorang yang kita kenal walaupun dalam tempoh singkat, tiba-tiba dipanggil pulang dalam keadaan yang tidak disangka."Saya masih ingat saat kami rombongan keluarga bersama Allahyarham sempena konvokesyen dan beberapa ketika Syakirah bersama membantu sepanjang tempoh hampir 10 hari di sana.Penuntut UniSZA, Syakirah maut selepas kereta dipandunya dirempuh di simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu.Ibu bapa arwah sempat melalui lokasi kemalangan tanpa menyedari jasad terbujur kaku itu adalah anak sendiri.Bapa mangsa hanya mengetahui perkara sebenar selepas menerima panggilan JPJ kira-kira 30 minit kemudian.Arwah dalam perjalanan ke JPNT bagi urusan praktikal yang dijadualkan bermula Mac ini.Syakirah merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar dan dikenali sebagai pelajar cemerlang serta berakhlak baik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia pelajar cemerlang dan seorang yang menenangkan, tutur kata dan tingkah lakunya sopan. Ibu bapa arwah tidak dapat turut serta, jadi saya dan isteri menjadi ibu bapa sementara kepada Syakirah," ceritanya.Pada Isnin, media melaporkan kemalangan berlaku ketika mangsa yang berasal dari Taman Perdana Ayer Hitam, Johor itu dalam perjalanan menuju ke Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.Sebaik tiba di simpang empat Jalan Kemajuan dan membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau, kereta dipandu mangsa dirempuh kenderaan lain yang sedang menuruni bukit.