suria

Sebak lihat ibu batal beli buku sekolah anak sebab tak cukup duit, suami isteri sanggup bantu bayar lebih RM500

Kos persediaan sekolah yang semakin meningkat kini menjadi beban kebanyakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

KOS sara hidup yang kian mencanak menjadikan persediaan awal persekolahan antara fasa paling mencabar buat golongan ibu bapa, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ramai anak.

Itulah situasi yang dikongsikan seorang wanita yang melihat sendiri detik meruntun hati ketika sedang membeli kelengkapan sekolah, namun lokasi kejadian tidak didedahkan.

Menurut wanita itu, dia melihat seorang ibu terpaksa membatalkan pembelian buku sekolah untuk salah seorang daripada tiga anaknya kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

"Jumlah keseluruhan untuk tiga orang anak wanita itu dah lebih RM500 untuk buku termasuk baju sukan. Itu pun kedai dah kurangkan buku tulis sebab dia suruh anak guna yang masih ada di rumah.

Rakyat di Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati. -Gambar hiasan AI

"Suami saya tolong bayarkan dulu sebab tak sanggup, takkan nak batalkan pembelian. Kasihan sebab anak-anak semua ikut. Sebak juga rasa, tu belum termasuk baju sekolah lain lagi," luahnya.

Lebih meruntun jiwa apabila melihat kegembiraan anak-anak wanita itu sebaik sahaja menerima buku dan pakaian sukan baharu.

Namun, situasi tersebut turut membuatkan wanita itu terimbau kembali kisah hidupnya yang pernah berdepan kesusahan sebelum ini.

"Seronok budak-budak tu dapat buku dan baju sukan. Masa nak balik tu mereka masih dekat jalan besar tengah jalan kaki. Saya berhenti dan tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemas surat anak dapat anugerah tertinggal di kelas, gigih patah balik ke sekolah... Tapi terkilan lepas baca isi kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu persoal cara murid dipilih sertai aktiviti sekolah, anak cikgu mesti 'terpilih'! - "Tak dengki, tapi kenapa asyik muka sama?"

"Akak, jom balik dengan saya sekali. Akak duduk jalan berapa? Dia cakap Jalan 5. Kereta rosak sebab tu jalan kaki. Bila nampak mereka, macam nampak saya dulu dengan anak-anak.

"Nak pergi mana-mana jalan kaki atau naik bas. Saja nak cerita bukan niat mahu riyak," ujarnya meluahkan perasaan sebagai seorang ibu yang memahami perit jerih membesarkan anak-anak.

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen, khususnya dalam kalangan ibu bapa dan berkongsi pengalaman masing-masing.

  • Seorang ibu tak mampu bayar kos buku sekolah tiga anak lebih RM500.
  • Pasangan suami isteri tak sampai hati tengok batalkan pembelian, si suami bantu bayarkan.
  • Anak-anak wanita itu gembira dapat buku dan baju sukan baharu.
  • Situasi itu buat si isteri terimbau kisah kesusahannya satu ketika dulu.
  • Netizen turut meluahkan rasa simpati dan berkongsi pengalaman sama.

"Terima kasih memudahkan urusan akak tu. Walaupun saya ada seorang anak, dah habis hampir RM150 pun terasa sangat, apatah lagi ibu bapa yang ada anak ramai.

"Betul, saya ada dua orang anak sekolah menengah. Buku saja hampir RM400. Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan ibu bapa semua.

"Betul, saya pun tengah pening memikirkan berapa nanti harga buku anak saya. Yang adik dah beli, yang abang kena beli di sekolah tapi belum keluar lagi harga dan yuran,” komen beberapa netizen.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia