suria

Lelaki ambil upah jaga kebajikan kucing, raih hampir RM90,000 ketika musim cuti perayaan

Ada pemilik sanggup mengupah orang untuk menguruskan kucing ketika mereka pulang ke kampung. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki yang menawarkan perkhidmatan memberi makan kucing memperoleh 160,000 yuan (RM89,700) sepanjang musim cuti Tahun Baharu Cina pada Februari lalu.

Huan Cong, 35, yang menetap di Shanghai, China, merupakan seorang profesional dalam industri penjagaan haiwan peliharaan sejak sembilan tahun lalu.

Menurut Huan, kebanyakan tempahan datang daripada pelanggan yang pulang ke kampung halaman atau melancong ke luar negara.

Semasa musim cuti perayaan, dia keluar rumah pada pukul 3 pagi setiap hari dan bekerja sehingga pukul 11 malam.

Pada hari paling sibuk, dia perlu menyelesaikan sehingga 55 tempahan.

Stray cat is seen at Jalan Masjid India during the movement control order on Saturday. AZMAN GHANI / The Star

Pemilik yang baik sanggup menghabiskan wang demi kebajikan kucing kesayangan mereka. -Gambar hiasan

Setiap lawatan mengambil masa 10 hingga 15 minit yang mana ia merangkumi proses membersihkan kotak pasir, mengisi semula makanan dan air dan memeriksa kesihatan kucing.

Dalam sesi itu, Huan juga akan memeriksa tingkap dan peralatan elektrik serta membuang sampah.

Perkhidmatan tambahan seperti memberi ubat atau memotong kuku disediakan secara percuma selagi permintaan itu munasabah.

Dia mengenakan harga antara RM35 hingga RM57 bagi pelanggan di Daerah Jiading dan Shanghai.

Bagi pelanggan jarak jauh pula, Huan mengenakan harga RM114 bagi setiap kunjungan ke rumah pelanggan.

Menurut Huan lagi, dia juga tidak pernah menaikkan harga perkhidmatannya sejak sembilan tahun lalu. -Agensi

Artikel Lain