suria

Berang tak dapat bahagian harta, lelaki 'kapak' empat ahli keluarga

Membunuh adalah jenayah berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa membunuh ibu bapa, kakak dan neneknya dengan kapak selepas marah tidak diberikan bahagian hasil penjualan tanah keluarga.

Insiden berlaku pada malam antara Ahad dan Isnin di kediaman mereka.

Abang suspek turut cedera ketika cuba menghalang, manakala suspek berusia 30 tahun memukul kepalanya sendiri dengan batu bata untuk menutup jenayah itu.

Kejadian dilapor berlaku di Rupaideeh, India.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Badlu Ram (60), Sanju Devi (56), Parvati (42) dan nenek Sitala (80). 

Parvati baru dua hari berkunjung ke rumah ibu bapanya.

Suspek dan abangnya kini dirawat di hospital tempatan dalam keadaan stabil. 

Polis berkata pertikaian wang menjadi punca utama, namun siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan sebarang motif lain.

Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat.-Agensi

Artikel Lain