suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal bayar pampasan selepas langgar kereta, telur itik peniaga dicampak pemandu

Peniaga (kanan) merayu agar telur jualannya tidak dicampak. -Gambar media sosial

SEORANG peniaga telur itik menjadi mangsa kemarahan seorang pemandu wanita apabila semua bekas telurnya dipecahkan selepas gagal membayar pampasan kerosakan kereta.

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila peniaga itu secara tidak sengaja menyentuh pintu belakang kanan kereta semasa menunggang motosikal tiga roda. 

Kejadian dilaporkan berlaku pada Jumaat di Phnom Penh, Kemboja.

Pemandu wanita itu menuntut pampasan penuh sebanyak US$30 (RM150), tetapi peniaga hanya ada US$20 (RM100).

Mangsa memohon agar menunggu bapanya yang sedang dalam perjalanan dua jam untuk membawa baki wang, tetapi pemandu itu enggan menunggu. 

Sebaliknya, wanita itu mula membaling bekas telur ke tanah, mendakwa ia sebagai ganti rugi. 

Video tular menunjukkan peniaga berlutut sambil memohon, manakala pemandu berpakaian putih terus memecahkan telur di jalan raya.

Netizen mengecam tindakan pemandu tersebut kerana dianggap memperlekehkan martabat golongan pekerja.

Polis Phnom Penh dilaporkan telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tindakan lanjut.-Agensi

 

Artikel Lain