suria

Kantoi skodeng bawah skirt di stesen tren, rahsia gelap sarjan polis simpan 480 foto mayat bogel terbongkar

Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan daripada melakukan sebarang perbuatan tidak baik terhadap mayat individu lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG pegawai polis di dipecat selepas mengambil gambar 20 mayat wanita dalam keadaan bogel ketika menjalankan bedah siasat.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memaklumkan sarjan berusia 52 tahun itu mengambil gambar menggunakan telefon pintarnya ketika bertugas sebagai penyiasat forensik.

Dia kemudian menyimpan kira-kira 480 keping gambar membabitkan 20 wanita yang diperiksanya.

Menurut portal Japan Today pada Sabtu, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di bilik mayat balai polis Akabane, Joto dan Fuchu di Tokyo antara tahun 2009 hingga 2022.

Perbuatan itu terbongkar selepas lelaki berkenaan ditahan dan didakwa pada September tahun lalu kerana cuba merakam bahagian bawah skirt seorang wanita di sebuah stesen kereta api di wilayah Saitama.

Siasatan lanjut membawa kepada pemeriksaan di kediamannya, di mana polis menemukan sebuah album mengandungi gambar mayat wanita terbabit bersama sekurang-kurangnya 730 imej berkaitan tugasan rasmi.

Polis turut memetik pengakuan suspek yang mendakwa tindakannya itu didorong keinginan untuk memuaskan nafsu seksualnya. -Agensi

Artikel Lain