suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iran sahkan Ayatollah terbunuh,  ketegangan di rantau Timur Tengah dijangka memuncak..

MEDIA Iran mengesahkan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Kematian pemimpin berusia 86 tahun itu susulan siri serangan besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan tertinggi negara tersebut.

Perkara itu disahkan melalui stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran, pada Ahad.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump dan pegawai Israel mendakwa Ayatollah terbunuh dalam serangan berkenaan.

Namun, terdapat percanggahan maklumat apabila beberapa sumber Iran menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut.

Serangan bersama Israel dan AS itu dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran, termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan paling agresif dalam beberapa dekad.

Kematian Ayatollah dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Timur Tengah.

Khamenei memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran. -Agensi

Artikel Lain