suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vida sanggup tinggalkan kerja demi Fazley, teman jumpa doktor… “Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga”

Fazley (kiri) terharu dengan keprihatinan kekasihnya, Vida.

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob terharu dengan tindakan kekasihnya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida, yang sanggup pulang lebih awal dari China demi menemaninya mendapatkan pemeriksaan doktor.

Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata Vida sepatutnya berada di China atas urusan tertentu, namun mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi memberikan sokongan kepadanya selepas mengalami kecederaan ketika bermain badminton.

Kata Fazley, pemeriksaan doktor yang dijadualkan pada Isnin akan menentukan sama ada dia boleh menyertai kejohanan badminton yang dirancangnya atau sebaliknya.

“Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tidak berada di Malaysia, dia perlu ke China. 

Fazley (kanan) mengalami kecederaan kaki kanan ketika bermain badminton.

“Tapi Vida sanggup balik awal, bukan kerana untuk menyokong acara ini (AMT 2026) sahaja, tetapi akan menemani saya untuk berjumpa dengan doktor esok (Isnin).

“Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya. Pemeriksaan itu nanti akan tentukan sama ada saya boleh main badminton untuk kejohanan tersebut ataupun tidak, berdebar juga,” katanya kepada mStar.

Fazley berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad. 

Dalam pada itu, Fazley mengakui semakin tersentuh dengan keprihatinan Vida yang sanggup meninggalkan sesi penggambaran demi memastikan keadaannya baik-baik sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ujian fasa bertunang”... Vida bagi ‘hint’ status hubungan dengan Fazley Yaakob

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi Vida

Malah, penyanyi lagu Asmara Ini itu menyifatkan layanan diberikan Vida membuatkan dirinya berasa cukup dihargai.

“Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan dia datang untuk tengok saya. 

“Saya rasa dia sangat sweet. Bagi makan, suap makan, basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang. 

Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya.

DATUK FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

“Sekarang ini memang dia tengah jaga saya. Sanggup balik awal, tinggalkan program dan live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” ujarnya.

Sementara itu, Vida atau Hasmiza Othman, 55, mengakui terkejut sebaik menerima berita mengenai kecederaan yang dialami teman lelakinya itu.

Menurut Vida, dia tidak menyangka kejadian berkenaan berlaku, apatah lagi ketika dirinya sedang merindui Fazley dan berharap dapat bertemu dengannya.

“Terkejutlah! Saya terfikir kenapa boleh jadi begitu. Tidak kira apa yang saya perlu buat nanti, yang saya tahu saya nak tengok dia. 

Fazley menghargai setiap pengorbanan teman wanitanya.

“Sebab masa tu tengah merindu, saya tak ada. Saya merajuk masa tu, dia pun dah tak tenang. Tiba-tiba jatuh ketika main badminton.

“Betul, masa tu jiwa tengah tak tenang, sebab tak jumpalah, masing-masing sibuk,” katanya.

Sebelum ini, Vida berkongsi sebuah hantaran di Threads memaklumkan bahawa dia sanggup bergegas dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk menjenguk Fazley yang mengalami kecederaan kaki selepas terseliuh ketika bermain badminton.

Vida turut mencuri perhatian apabila berseloroh menyifatkan kecederaan tersebut sebagai salah satu ujian sepanjang mereka melalui fasa pertunangan.

 

 

Artikel Lain