PENGARAH muzik Datuk Ramli MS menyifatkan pelantikannya sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai satu amanah besar yang perlu digalas bagi menjamin masa depan generasi baharu dalam industri seni tempatan.Menurut Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 67, pelantikan tersebut bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk memastikan kualiti graduan muzik tidak berada pada tahap yang mengecewakan. "Bagi saya ini lebih kepada satu amanah. Saya sudah bekerja dengan 'ilusi' selama berpuluh tahun dan amanah ini perlu digalas sebaik mungkin. Saya bukan hanya melihat untuk hari ini, tetapi hari-hari mendatang kerana itu masa depan mereka.Ramli bersama Profesor Ts. Dr. Shahrin (kiri) dan Profesor Dr. Tazul Izan. "Kualiti graduan yang agak kurang ketika ini membuatkan saya terpanggil untuk memastikan perkara itu tidak berulang."Harapan saya dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini, UiTM mampu melahirkan 'anak monster' yang ganas dan lebih buas dalam berkarya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya semasa Majlis Penyerahan Surat Lantikan Profesor Adjung Fakulti Muzik UiTM, Shah Alam pada Isnin.Surat pelantikan itu diserahkan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Ts. Dr. Shahrin Sahih @ Sahibuddin dan turut hadir, Dekan Fakulti Muzik, Profesor Dr. Tazul Izan Tajuddin. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan maksud kasar“ - Ramli MS beri komen ‘pedas‘ tambah baik potensi peserta BSR ARTIKEL BERKAITAN: Kenang jasa komposer, nasihat Ramli MS tak tuju kepada sesiapa... “Jenguk-jenguklah sikit”Dalam masa sama, Ramli turut memberi amaran awal bahawa dia akan bersikap tegas sepanjang membimbing para pelajar sepanjang dua tahun lantikannya itu. Jelasnya, pendekatan itu penting supaya mahasiswa dapat membiasakan diri dengan realiti industri muzik tanah air. "Tegas, itulah filosofi saya kerana saya tidak suka menipu. Selamat datang ke neraka. Ini adalah proses pembelajaran. "Sasaran saya adalah apabila mereka mencecah usia 35 tahun nanti, mereka sudah memiliki kehidupan yang baik. Jadi bermula sekarang mereka kena bekerja keras," ujarnya. Itulah tugas sebenar saya sebagai pengkarya korporat dalam membentuk hala tuju merekaDATUK RAMLI MSPENGARAH MUZIK Tambah Ramli, dia juga nekad untuk melakukan perubahan besar bagi memastikan mahasiswa peroleh kejayaan dengan usaha sendiri. "Saya tidak mahu ajar mereka jadi seperti orang lain, sebaliknya saya mahu mereka ada identiti tersendiri."Itulah tugas sebenar saya sebagai pengkarya korporat dalam membentuk hala tuju mereka," jelasnya. Sementara itu, Shahrin pula berkata, pelantikan Ramli MS membawa nilai tambah besar kepada Fakulti Muzik berdasarkan pengalaman luas dan kedudukannya sebagai antara tokah yang disegani dalam bidang muzik. Ramli mahu lebih ramai pemuzik hebat di Malaysia. "Pelantikan Datuk Ramli MS yang merupakan seorang tokoh yang berilmu, berpengalaman luas dan disegani dalam arena muzik bakal memberikan nilai tambah yang amat besar kepada Fakulti Muzik UiTM. "Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman industri ini amat penting bagi memastikan para pelajar bukan sahaja menguasai teori dan kemahiran muzik, malah bersedia untuj melangkah ke dalam industri yang dinamik dan mencabar,” ujarnya.Untuk info, pelantikan Ramli bermula sejak 15 Ogos lalu dan berkuatkuasa selama dua tahun.