suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Bukan maksud kasar“ - Ramli MS beri komen ‘pedas‘ tambah baik potensi peserta BSR

MAESTRO muzik, Datuk Ramli MS menjelaskan komen pedas yang diberikan kepada peserta akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR) pada malam Ahad bukan bertujuan mengutuk atau memperlekehkan persembahan mereka.

Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 67, berkata, teguran yang diberikan sebaliknya bertujuan berkongsi ilmu serta memberi panduan kepada penyanyi baharu supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.

Menurutnya, komen yang disampaikan mungkin kedengaran terlalu tegas kerana dia memberikan banyak maklumat berkaitan aspek persembahan yang perlu diberi perhatian oleh peserta.

Ramli sekadar mahu beri ilmu baharu kepada peserta  Big Stage X Rocketfuel.

 “Too harsh maksud saya bukan untuk condem nyanyian mereka. Sebaliknya saya bagi banyak info jadi nampak macam mereka banyak kesalahan.

“Tapi info itu sepatutnya mereka tahu dan guna pakai untuk bertambah baik. Saya tak dengar apa yang mereka patut ada,” katanya kepada mStar.

Ramli berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Hussain tepati ramalan... Juara Big Stage X Rocketfuel

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS minat main snuker, ada persamaan dengan muzik... Mahu jalani hidup tanpa fikir masalah

Mengulas mengenai tindakannya menunjukkan kepala dan telinga ketika memberikan komen kepada penyanyi Danial Kifli, Ramli yang lebih mesra disapa Tok Ram menegaskan ia bukan perlakuan kasar, sebaliknya mempunyai maksud tersendiri dalam kalangan penggiat muzik profesional.

“Dia bukan maksud kasar. Contoh macam awak pakai minda tak? Bukan kata kau pekak atau kau tak ada ini (otak) memang secara profesional orang muzik mendengar pakai minda, bukan pakai telinga.

“Jadi jangan salah tafsir bila saya kata awak dengar pakai minda. Mesti fikir negatif. Dia tak tahu yang orang profesional memang pakai minda,” ujarnya.

Kalau orang itu nyanyi teruk, saya tak akan komen.

DATUK RAMLI MS

PENGARAH MUZIK

Dalam pada itu, Ramli menjelaskan dia tidak akan memberikan komen panjang sekiranya seseorang peserta benar-benar menyampaikan persembahan kurang baik.

Malah, katanya, perkara itu sudah menjadi prinsipnya ketika menjadi juri program realiti termasuk Gegar Vaganza (GV).

“Saya tak pernah komen kasar. Memang prinsip saya, kalau orang itu nyanyi teruk, saya tak akan komen.

“Kalau tengok dekat GV, mana ada saya komen kasar? Nak marah-marah orang pun tak ada. Saya rasa saya tak nak komen. Memang dia terkeluarlah,” ujarnya.

Ramli ada cara tersendiri dalam memberi komen.

Sementara itu, Ramli turut mengulas pandangan netizen yang berpendapat dia sepatutnya dilantik sebagai juri lebih awal supaya peserta mempunyai lebih banyak masa untuk memperbaiki kelemahan sebelum melangkah ke pentas final.

Katanya, tiga juri tetap iaitu Aisha Retno, Akim Ahmad dan Hael Husaini sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam memberikan panduan kepada peserta sepanjang pertandingan.

“Saya rasa tiga-tiga juri itu pun dah cukup. Mereka dah okey dan dah beri input yang baik. Budak-budak itu pun masih baharu. Jadi kalau saya datang pada final, bukan bermaksud saya nak mencacatkan persembahan mereka.

"Saya memang suka bakat-bakat baharu seperti ini. Lagi banyak mereka bertanya kepada saya, lagi banyak yang saya boleh kongsikan. Sebab mereka perlu faham bahawa mereka ini adalah pelapis masa depan,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain