SELEPAS 18 minggu berjuang dalam program realiti, penyanyi Hussain akhirnya boleh menarik nafas lega apabila diumumkan sebagai juara Big Stage x Rocketfuel pada malam Ahad.Namun di sebalik kejayaan itu, Hussain atau nama sebenarnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, 23, mengakui perjalanan sepanjang dua pertandingan bukan sesuatu yang mudah. Malah, perkara pertama yang terlintas di fikirannya selepas tamat pertandingan adalah mahu tidur sepuasnya setelah sekian lama mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan yang terbaik pada setiap persembahan.Hussain mahu berehat selepas bertanding lapan minggu.“Bagi saya penat! Esok pula ada temu bual. Saya baru nak tidur lama. Kalau boleh, saya nak tidur dua hari. "Tidur, bangun balik, saya nak tidur lagi. Sangat susahlah bagi saya. Tapi nak buat macam mana, benda ini juga yang akan buatkan saya rindu nanti,” katanya kepada mStar.Hussain berkongsi perkara itu selepas selesai Big Stage x Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).ARTIKEL BERKAITAN: Hussain tepati ramalan... Juara Big Stage X RocketfuelARTIKEL BERKAITAN: Qilo, Aliff Kimiey kecundang di separuh akhir Big Stage X RocketfuelMenurut Hussain, tiada kata yang mampu diluah bagi menggambarkan kepayahan yang terpaksa dilalui untuk bertahan selama 18 minggu bagi dua rancangan realiti.“Sebenarnya saya susah nak beritahu sebab antara saya dengan Tuhan saja yang tahu saya punya penat macam mana.“Tapi janji saya, saya nak buat yang terbaik. Itu saja,” ujarnya. Alhamdulillah, saya dah bebas.HUSSAINPENYANYIHussain turut berkongsi pengorbanan yang dilakukan sepanjang menyertai pertandingan apabila terpaksa menjaga pemakanan dan berpantang beberapa makanan kegemarannya.Disebabkan itu, dia menganggap penamat pertandingan sebagai satu kebebasan untuk kembali menikmati makanan yang dirinduinya."Alhamdulillah, saya dah bebas. Saya dah boleh makan durian, saya dah boleh minum ais dan makan apa yang saya nak.“Sebelum ini saya banyak pantang. Saya tak boleh makan makanan berminyak, tak boleh minum ais sangat dan tak boleh makan durian.Hussain sudah tidak mahu berpantang lagi.“Durian itu kegemaran saya, sampai musimnya dah habis. Mana nak cari sekarang ini?” kongsinya.Dalam pada itu, Hussain turut mendedikasikan kemenangan itu buat bapanya iaitu penyanyi veteran Jamilulhayat yang dilihat sentiasa memimpin tangannya untuk mencapai kejayaan.“Saya sebelum ini banyak mengecewakan abah. Biasalah orang kata zaman budak-budak dulu, zaman remaja, nakal.Kemenangan merupakan hadiah Hussain buat bapa.“Jadi benda inilah yang saya nak hadiahkan kepada dia,” kongsinya.Hussain menepati ramalan ramai apabila bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment berserta trofi.Pada April lalu, namanya mula dikenali ramai selepas menyertai rancangan realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersama bapanya sekali gus memperolehi kedudukan kedua.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!