suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hussain tepati ramalan... Juara Big Stage X Rocketfuel

Hussain dinobatkan sebagai juara Big Stage X Rocketfuel.

MENEPATI ramalan ramai, peserta Hussain muncul sebagai juara Big Stage X Rocketfuel (BSR) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan itu melayakkan Hussain membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment berserta trofi.

Hussain tidak dapat menyembunyikan rasa terharu selepas dinobatkan sebagai juara, selain mengakui kejayaan tersebut turut didorong sokongan keluarga dan peminat.

Adam Nazmie diumum sebagai naib juara program berkenaan. 

“Abah, saya berjaya! Terima kasih semua kerana sentiasa menyokong saya,” katanya.

Pada pentas akhir, Hussain menewaskan lima peserta lain dengan mempertaruhkan lagu Seniman Menangis, nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Menerusi pusingan battle pula, Hussain berentap dengan pasangan duo Adam dan Nazmie menerusi lagu Merisik Khabar dan Terasing.

ARTIKEL BERKAITAN: Qilo, Aliff Kimiey kecundang di separuh akhir Big Stage X Rocketfuel

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage: Tiada penyingkiran di minggu suku akhir, Danial Kifli terselamat

Adam dan Nazmie kemudian diumumkan sebagai naib juara, sekali gus membawa pulang RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment dan trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Ranisha yang membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment dan trofi.

Danny dan Yad-Z masing-masing berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Sementara itu, Danial Kifli menduduki tempat keenam dan membawa pulang RM3,000 berserta trofi.

Enam finalis yang bertanding bagi Big Stage X Rocketfuel. 

Dalam pada itu, gelaran Rocket Star of the Week turut menjadi milik Hussain yang menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Persembahan peserta dinilai tiga juri tetap iaitu Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad, manakala Datuk Ramli MS bertindak sebagai juri jemputan.

Pada malam akhir, undian untuk peminat juga dibuat secara atas talian.

BSR dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva.

Program berkenaan boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain