GARA-GARA sambutan hangat daripada peminat, konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur menambah empat kategori tiket baharu bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa itu secara langsung.Penganjur, Zues Event berkata, penambahan kategori berkenaan dibuat susulan permintaan menggalakkan daripada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kemunculan semula Jason Mraz di Malaysia selepas tujuh tahun. “Selepas tujuh tahun beliau tidak beraksi di Malaysia, kami harap semua peminat dapat menyaksikan persembahan bertenaganya,” katanya.Susunan tempat duduk selepas penambahan kategori.Antara kategori tambahan yang diperkenalkan ialah Zenith (RM258), Alive (RM358), Rhythm (RM428) dan Mellow (RM498).Dengan penambahan itu, konsert berkenaan kini menawarkan 10 kategori tiket kepada peminat dengan harga serendah RM158 sehingga RM688.Konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur dijadual berlangsung pada 31 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.Kemunculan penyanyi berusia 48 tahun itu pastinya dinantikan peminat selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia pada 2019.ARTIKEL BERKAITAN: Jason Mraz kembali gegar KL selepas tujuh tahun, janji persembahan bertaraf duniaARTIKEL BERKAITAN: Kerja Kebajikan Inspirasi Album Jason MrazPada malam berkenaan, Jason yang popular dengan lagu I'm Yours dijangka menyajikan persembahan penuh emosi dan tenaga positif menerusi deretan lagu hit yang pernah melonjakkan namanya di persada muzik antarabangsa.Antara lagu lain yang bakal dipersembahkan termasuk I Won’t Give Up, Lucky, Have It All, I Feel Like Dancing dan The Remedy (I Won’t Worry).Lebih menarik, konsert berkenaan bukan sekadar persembahan muzik apabila turut menampilkan pertunjukan percikan api dan formasi dron di udara yang dijangka menjadi antara tarikan utama sepanjang acara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!