PENYANYI Shila Amzah tampil memohon maaf secara terbuka kepada para peminat selepas siri konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama menerima kritikan berhubung beberapa isu teknikal serta pengurusan tiket yang tidak memuaskan.Permohonan maaf itu dibuat Shila ata Nurshahila Amir Amzah, 36, susulan luahan kekecewaan penonton yang berdepan masalah tempahan bertindih selain kualiti sistem bunyi dan ketiadaan paparan lirik pada skrin Jelas Shila, dia dan pasukannya sudah membuat persiapan rapi sebelum menjelang konsert, namun isu teknikal dan pengurusan di atas pentas adalah di luar kawalannya.Shila sudah berusaha untuk berikan yang terbaik pada malam konsertnya itu. "Assalamualaikum semua, buat yang menghadapi masalah sebelum bermulanya konsert semalam, buat bunyi yang kurang memuaskan, LED belakang yang tak disediakan lirik, saya mohon ampun dan maaf pada kalian."Sesungguhnya saya dan pasukan sudah berhempas-pulas untuk buat yang terbaik di belakang tabir. Apa yang diterjemahkan di atas pentas adalah di luar bidang kuasa kami."Setiap konsert kami mahu berikan sehabis baik. Namun sejujurnya terlalu banyak yang tak dapat dicoretkan," luahnya di halaman Threads miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depanARTIKEL BERKAITAN: Konsert punya fasal, Shila Amzah turunkan berat badan... Seloroh mahu nampak muda seiring suamiSebelum ini, beberapa pembeli tiket di media sosial meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan pengalaman menghadiri konsert berkenaan sebagai sesuatu yang mengecewakan.Salah seorang penonton mendakwa situasi menjadi kucar-kacir apabila tempat duduk yang dibeli mengalami isu tempahan bertindih sehingga tempat duduk asal dianjakkan oleh pihak penganjur ke barisan belakang.Jelas Shila, dia berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran buat semua pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert agar dapat memartabatkan lagi mutu industri muzik tempatan.Shila ambil isu tersebut sebagai pengajaran. "Oleh itu Sha nak minta maaf sangat-sangat atas apa sahaja kekurangan yang kalian rasakan."Semoga semua pihak boleh muhasabah diri dan memperbaiki apa yang perlu demi mengangkat dan memartabatkan produk seni Malaysia," katanya.Untuk info, Shila baru sahaja selesai mengadakan konsert solonya iaitu Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama yang berlangsung pada 15 Ogos di Arena Of Stars, Resolt World Genting. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!