suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Corat-coret AJL40: Satu stadium sorak K.O.I juara sebelum keputusan diumumkan

Siti (kiri) dan Francissca membuat kemunculan istimewa di pentas AJL40.

ANUGERAH Juara Lagu edisi ke-40 (AJL40) melabuhkan tirainya pada malam Sabtu dengan menyaksikan kemenangan lagu berjudul Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I.

Bukan sekadar bersaing merebut trofi utama, malah setiap persembahan 10 karya bertanding turut meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat peminat.

Persembahan artis jemputan tidak kurang hebatnya apabila penonton terhibur dengan kemunculan penyanyi Amelina dan Ziana Zain yang bergandingan di segmen akhir AJL40.

Berikut antara perkara menarik yang berlaku sepanjang AJL40 di Unifi Arena, Bukit Jalil:

Kemunculan K.O.I mendapat sorakan ramai. 

1. Arena bergema sorakan nama K.O.I

Sebelum keputusan pemenang utama diumumkan, penonton yang hadir di Unifi Arena sudah bersorak menjerit nama K.O.I sebagai juara.

Ternyata pilihan juri juga menepati ramalan penonton yang mahu karya tersebut diangkat sebagai pemenang.

K.O.I bagaimanapun memberitahu mereka tidak menyangka membawa pulang hadiah utama pada malam kemuncak AJL40.

Siti tampil membuat persembahan bersama Umairah. 

2. Kejutan kemunculan Biduanita Negara

Pentas AJL40 dibuka dengan persembahan penyanyi yang pernah bersaing dalam edisi terdahulu dengan membawakan lagu-lagu yang pernah dipertandingkan.

Antara yang membuat persembahan ialah Datuk Francisca Peter, Azlan & The Typewriter, Misha Omar, Haqiem Rusli serta gandingan pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri.

Namun, kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil bergandingan dengan anak saudaranya, Umairah, menyampaikan lagu Cindai.

Kemunculan Siti merupakan satu kejutan kerana namanya tidak disenaraikan sebagai artis jemputan dalam promosi AJL40.

K.O.I berkongsi mesej istimewa buat penonton. 

3. Hujan kertas iringi persembahan K.O.I

Bukan sahaja menyampaikan mesej dalam lagu, kumpulan K.O.I turut menghadiahkan mesej istimewa buat penonton menerusi potongan kertas yang turun menghujani ruang dalam Unifi Arena.

Menurut kumpulan ini, mereka sendiri memotong lebih 200,000 kepingan mesej berkenaan.

Wani berani terapung di udara ketika membuat persembahan. 

4. Persembahan berani artis

Rata-rata setiap persembahan membawa susunan pentas yang besar sehingga memerlukan masa untuk penyediaan.

Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, K.O.I, gandingan Luca Sickta, Kmy Kmo dan SonaOne serta Aina Abdul antara yang membawa susunan besar di atas pentas.

Ada juga penyanyi yang mengambil langkah berani berdiri di atas platform bergerak ketika membuat persembahan.

Namun, yang paling mengagumkan adalah penyanyi Wani Kayrie yang sanggup terbang mengakhiri persembahan lagu Cak Cak Cekuk.

Persembahan bertenaga Amir mendapat standing ovasion penonton. 

5. Standing ovation

Tiga persembahan yang berjaya mendapat standing ovation penonton pada malam kemuncak AJL40 adalah Amir Masdi menerusi lagu Nurcinta, Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika) dan semestinya K.O.I.

Sementara itu, Aina pula bukan hanya mendapat standing ovation, malah penonton tidak berhenti bersorak sebelum namanya diumumkan untuk membuat persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain