suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

K.O.I bukan ‘underdog’, Marsha Milan layak menang Vokal Terbaik

Acis (kiri) memberitahu lagu Tiwikarma memiliki kekuatan tersendiri.

BERTINDAK sebagai ketua juri, pengarah muzik Datuk Acis memberitahu kemenangan lagu Tiwikarma sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah pilihan yang tepat.

Menurut Acis, lagu kumpulan K.O.I itu melengkapi kriteria pemilihan yang dicari oleh barisan juri selain cara persembahan mereka melayakkan kumpulan tersebut diangkat sebagai pemenang.

Bahkan katanya, kemunculan kumpulan tersebut juga tidak pernah dianggap sebagai 'underdog' meskipun pertama kali bersaing di pentas AJL40.

Lagu Tiwikarma membawa mesej yang cukup mendalam. 

"K.O.I memenuhi kotak pemilihan kami. Saya rasa keputusan ini dibuat bersama dan semua juri setuju. Lagunya sangat berbeza dan bukan hanya kami, tetapi telah membuat penonton kagum.

"Mereka bukan 'underdog'. Mereka masih dalam senarai lima teratas pemilihan juri," ujarnya.

Malam kemuncak AJL40 menyaksikan kumpulan K.O.I membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi selepas diumumkan sebagai pemenang.

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teka bakal juara AJL40... Neelofa pula senaraikan nama Aina, Aisha dan K.O.I

Lagu Tiwikarma merupakan hasil ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin.

Manakala liriknya ditulis oleh Achoi, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.

Sementara itu, lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid yang berjaya memenangi wang tunai RM30,000.

Marsha (kiri) membawa pulang trofi Vokal Terbaik, manakala Aina menang kategori Persembahan Terbaik. 

Bercakap tentang pemilihan Marsha memenangi kategori Vokal Terbaik, Acis memberitahu gaya persembahan penyanyi itu menyampaikan lagu Tangisan Seorang Pendosa melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

"Marsha sudah buktikan tak perlu capai nada tinggi atau menjerit, tetapi sebaliknya tentang cara penyampaian lagu itu.

"Emosi dan ceritanya sampai kepada kami (juri). Sebab itu kami pilih dia sebagai Vokal Terbaik," jelasnya.

AJL40 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan Aina Abdul memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kamu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain