suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hael tetap kagum, hargai komitmen Dayang buat persembahan kurang sihat di AJL40

Hael jelaskan keadaan Dayang Nurfaizah.

KOMPOSER Hael Husaini tampil merungkaikan tanda tanya peminat berhubung persembahan penyanyi Dayang Nurfaizah yang kelihatan 'bergelut' ketika menyampaikan lagu Lemah pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40). 

Menerusi hantaran, Hael, 39, mendedahkan Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty membuat persembahan dalam keadaan kurang sihat.

"Terima kasih Dayang masih teruskan persembahan walaupun keadaan kesihatan yang sememangnya tidak mengizinkan," katanya dalam satu hantaran di Threads. 

Dayang tidak sihat semasa membuat persembahan. 

Hael bagaimanapun meluahkan rasa kagum dan syabas terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh Dayang kerana tetap meneruskan persembahan demi peminat.

"Syabas dan awak sudah buat yang terbaik. Semoga cepat sembuh," tambahnya. 

Penjelasan Hael itu sekali gus menjawab spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan netizen serta penyokong yang menyedari perubahan suara terhadap penyanyi kelahiran Sarawak itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Takut? Tidak“ - Dayang Nurfaizah ada hasrat buat konsert, cuma perlu persiapan rapi

ARTIKEL BERKAITAN: Bersaing di pentas AJL lagi, Dayang Nurfaizah tak pernah bosan… Puji kreativiti penyanyi baharu

Rata-rata mereka meluahkan rasa hairan kerana Dayang tidak dapat menyampaikan lagu Lemah yang dibuat oleh Hael Husaini itu dengan baik seperti persembahan sebelum-sebelumnya. 

Untuk rekod, AJL 40 dimenangi oleh kumpulan K.O.I dengan lagu Tiwikarma yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. 

Tempat kedua pula milik lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno manakala Ryenald Guntabid dengan lagu Lumangad OKU Dika di tempat ketiga. 

Dayang pulang dengan tangan kosong pada malam AJL40. 

Marsha Milan yang menyampaikan lagu Tangisan Seorang Pendosa Berjaya membawa pulang trofi vokal terbaik.

Sementara itu Aina Abdul berpuas hati dengan membawa pulang tiga trofi iaitu persembahan terbaik, Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dan terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain