MENANG dalam kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Marsha Milan sedar keputusan tersebut kurang disenangi segelintir pihak.Marsha, 41, dalam masa sama meluahkan rasa syukur apabila kemampuan vokalnya menerima pengiktirafan juri dalam anugerah berprestij sebegitu. "Mungkin ada yang tak setuju. Bagi saya, juri yang memilih dan mereka lebih arif dalam hal ini. Telinga juri dan telinga netizen berbeza.Juri memuji vokal Marsha kerana mampu memberi emosi dalam lagu. "Saya sendiri tak terkata apabila menang anugerah ini. Dengan keadaan kesihatan saya, lagilah tak fikir nak menang. Syukur dan ini adalah anugerah vokal pertama saya."Akhirnya ada orang nampak potensi vokal saya dan harap ini boleh dijadikan motivasi untuk perbaiki vokal dan lebih banyak berkarya," katanya.Menurut Marsha, bukan mudah untuk menyampaikan lagu Tangisan Seorang Pendosa dengan baik sehingga melayakkan dia memenangi kategori berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’ Apalagi, penyanyi itu sebelum ini pernah mendedahkan masalah kesihatan sehingga mengganggu kualiti vokalnya."Saya masih lagi dalam fasa penyembuhan. Salah seorang doktor yang merawat pun hadir malam ini (Sabtu). Dalam keadaan macam ini, susah nak kawal suara. Syukur Allah beri izin saya berada di atas pentas dan dapat anugerah ini."Untuk menyanyi memang susah sebab tak boleh nak kawal batuk. Saya juga banyak berpantang. Jadi tak sabar nak makan apa yang saya suka selepas ini," ujarnya.Marsha kagumi bakat Aina. Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi dalam acara yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu.Diusik tentang saingan terdekat bagi persembahan vokal, Marsha sempat menunjukkan ke arah penyanyi Aina Abdul yang berada di tepi pentas ketika sesi sidang media berlangsung."Saya memang kagum dengan bakat Aina dan semua yang bertanding di pentas ini. Saya sempat melihat klip persembahan di media sosial dan ia menunjukkan bagaimana semua bekerja keras untuk berada di pentas AJL40," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube