PENYANYI Dayang Nurfaizah mempunyai perancangan untuk merangka sebuah konsert solo terbaharu buat para peminat setianya.Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dan enggan ambil mudah kerana menganggap penganjuran konsert merupakan satu penanda aras yang amat penting bagi seseorang penyanyi. "Insya-Allah ada (perancangan konsert). Doakan sebab konsert ini adalah sesuatu yang penting bagi seorang penyanyi.Dayang mahu satu konsert yang diingati ramai. "Jadinya, kalau nak buat, kena buat betul-betul. Cuma sekarang ini saya tak nak hanya sekadar buat sahaja. Saya nak buat apa yang saya bayangkan."Memang itu (konsert lebih besar) yang kita nak. Insya-Allah doakan yang baik-baik. Saya pun mahukan yang terbaik untuk peminat," katanya kepada mStar.Mengulas mengenai persediaan awal, Dayang mendedahkan sudah ada pihak penganjur yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama, namun pelbagai aspek terperinci perlu dinilai terlebih dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: Bersaing di pentas AJL lagi, Dayang Nurfaizah tak pernah bosan… Puji kreativiti penyanyi baharuARTIKEL BERKAITAN:"Penganjur ada sahaja, tapi kena berbincang dulu. Itu semua makan masa dan banyak benda yang perlu difikirkan."Takut? Tidak. Saya lebih kepada nak berikan persembahan yang terbaik. Yang paling penting sebenarnya saya sihat untuk beraksi. Itu sahaja."Banyak perkara kena bersedia iaitu dari segi kesihatan, mental, dan fizikal. Kena buat persiapan sekurang-kurangnya lebih daripada enam bulan," jelasnya.Dayang juga sedang dalam perancangan mengenai album terbaharunya. Dalam pada itu, menyentuh mengenai penerbitan album baharu, Dayang mengakui perkara tersebut masih dalam proses pertimbangan."Saya masih fikir lagi berhubung album tersebut. Saya masih belum tahu lagi. Cuma kalau saya nak buat, saya nak yang betul-betul sempurna."Perancangan itu memang banyak, cuma tinggal untuk laksanakan sahaja. Kita cuba yang terbaik," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!