SELEPAS sekian lama berdiam diri mengenai perubahan yang berlaku dalam hidupnya, pelakon Norreen Iman akhirnya tampil berkongsi luahan hati menyentuh fasa sukar yang pernah dilaluinya.Noreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, berkata dia kini memilih untuk mengutamakan diri sendiri selepas berjaya keluar daripada hubungan yang disifatkan sebagai toksik. Kata Noreen, ramai pihak memandang serong terhadap dirinya ketika ini namun dia enggan mengharapkan penerimaan orang yang dianggap tidak penting.Perkongsian Norreen jadi perhatian ramai.“Suka atau tidak, kehidupan perlu diteruskan. Mungkin saya nampak seperti orang yang jahat sekarang tetapi tidak mengapa.“Saya tidak perlukan validasi sesiapa. Apa yang penting saya sudah bebas daripada perkara yang membuatkan saya tersekat dengan jerat cinta, tanggungjawab dan nilai diri,” luahnya menerusi hantaran di Instastory.Dia turut menegaskan tidak mahu dianggap sebagai mangsa, sebaliknya melihat dirinya sebagai seorang pejuang yang berjaya keluar daripada situasi yang memusnahkan keyakinan diri.ARTIKEL BERKAITAN: Susulan kes buka tudung, Norreen Iman terus dikecam!ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada apa nak cakap buat masa ini“ - Norreen Iman jawab kecaman buka tudungMalah pengalaman pahit tersebut menjadi pembakar semangat untuk terus kuat demi insan tersayang.“Saya terselamat daripada perkara yang membuatkan saya seperti wanita bodoh. Saya rasa tidak berguna, tidak pernah dilihat, tidak pernah didengari dan tidak pernah dihargai.“Satu perkara yang buatkan saya semakin kuat ialah saya perlu bekerja keras demi orang tercinta. Daripada seseorang yang bergelut, akhirnya saya terselamat.“Ia tidak mudah tetapi saya berjaya harunginya,” luahnya. Saya tahu saya berubah secara drastik sekarang.NORREEN IMANPELAKONDalam pada itu, Noreen mendedahkan dia sudah lama memasang hasrat untuk keluar daripada kehidupan yang menyesakkan itu dan bersyukur segala urusannya dipermudahkan.Tambahnya lagi, dia kini lebih fokus dalam membina kehidupan lebih baik bersama anak-anak dan ibunya.“Saya dah lama nak bebaskan diri saya dan Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan saya sebab saya nak pilih diri saya berbanding toksik.“Lupakan segala lebam, segala perkara yang mengubah diri saya sehingga saya bukan lagi diri sendiri, segala bil psikiatri dan mereka yang membenarkan semua itu berlaku.Luahan Norreen tentang keadaan dirinya.“Saya pilih diri saya, anak-anak dan ibu. Biarkan saya beri tumpuan kepada mereka. Segala kebisuan yang saya pendam selama ini, setiap tangisan dan fikiran setiap malam, saya sudah tidak mahu lagi.“Saya tahu saya berubah secara drastik sekarang dan mungkin ia salah, namun saya akan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” ujarnya.Sebelum ini, nama Norreen menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi gambar dengan penampilan terbaharu tanpa berhijab selepas beberapa bulan mengumumkan penceraian bersama suami.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!