suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisar Khaled mohon maaf isu tendang kerusi penumpang dalam pesawat

Tindakan Aisar kurang disenangi.

PEMPENGARUH Aisar Khaled tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menimbulkan rasa kurang senang kepada seorang penumpang ketika dalam penerbangan. 

Membalas komen di Threads, Aisar, 26, mengakui dia terlalu penat sehingga tidak sedar tingkah-lakunya memberi kesan kepada orang lain. 

“Saya minta maaf atas perbuatan tidak beretika ketika dalam penerbangan ke Malaysia.

“Saya betul-betul penat dan terus tertidur sejurus pesawat berlepas,” katanya.

Rungutan seorang penumpang terhadap Aisar. 

Aisar menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap rungutan seorang penumpang dalam pesawat sama. 

Dipercayai pesawat tersebut membawa penumpang dari Indonesia ke Malaysia. 

Dia dalam masa sama berjanji tidak mengulangi perbuatan sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled dimalukan, dihalau ketika hulur bantuan banjir di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dihalau, dimalukan… Aisar Khaled terima penghargaan daripada Senator Bali

“Saya tidak akan ulang tabiat sama lagi. Maaf kerana menimbulkan ketidakselesaan,” luahnya. 

Sebelum itu seorang penumpang dipercayai warga Indonesia meluahkan rasa tidak senang apabila kaki Aisar yang di bahagian kerusi belakang menendang tempat duduknya. 

Individu tersebut juga memberitahu dia sudah beberapa kali menegur namun masih mengulangi perbuatan sama. 

“Pempengaruh paling teruk pernah saya jumpa. Dari berlepas pesawat kakinya naik ke tempat duduk saya. 

Aisar tampil memohon maaf. 

“Kaki menendang tempat duduk saya, mungkin kerana terlalu tinggi. Kalau dah tahu tinggi ambil kelas perniagaan. 

“Sudah ditegur tetap begitu lagi,” dakwa individu berkenaan. 

Dia turut memuat naik gambar yang menunjukkan wajah Aisar di dalam pesawat berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain