ADIK kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob tumpang gembira melihat kebahagiaan abangnya yang dipercayai sedang menjalin hubungan dengan usahawan Datuk Seri Vida.Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Yaakob, 41, berkata dia sentiasa menyokong apa sahaja yang mampu membahagiakan Fazley. Malah dia tidak menolak kemungkinan abangnya kini sedang melalui fasa bahagia sejak dikaitkan dengan usahawan berkenaan.Raf tumpang gembira melihat kebahagiaan Fazley bersama Vida.“Bagi saya, kalau dia bahagia, saya pun bahagia. Kalau dia sedih, saya pun sedih. Itu sahaja,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Raf mengakui belum pernah bertemu Vida dalam suasana yang lebih santai walaupun mereka pernah berada dalam ruang acara yang sama.“Saya sebenarnya tak pernah berjumpa Datuk Vida lagi.“Kalau dekat acara itu berbeza. Bukan atas kapasiti duduk bersembang, itu tidak pernah lagi,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Move on’ tanpa toleh ke belakang cara Raf Yaakob hadap perpisahan, serah perjalanan hidup 100 peratus kepada AllahARTIKEL BERKAITAN: Tersasul panggil ‘sayang’, Vida mengaku ada hubungan dengan Fazley... Siap tunjuk cincin di jariMengulas mengenai gurauan yang sering dilakukan bersama Fazley berhubung kisah cinta itu, Raf berkata ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan mereka sememangnya rapat dan gemar mengusik antara satu sama lain.“Kita orang memang kuat menyakat. Orang luar saja yang tak tahu,” kongsinya.Peminat harap Vida (kiri) dan Fazley segera disatukan.Sebelum ini, hubungan Fazley, 48, dan Vida, 55, menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat semakin akrab selepas menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).Malah, mereka juga kerap muncul dalam siaran langsung bersama di media sosial.Selain itu, Vida juga secara terbuka memanggil Fazley dengan panggilan manja, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!