suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kebebasan pelawak boleh tersekat“ - Afdlin ulas kes Rosmah saman Harith Iskander

Afdlin turut simpati dengan Harith Iskander.

PELAKON, pengarah dan pelawak Datuk Afdlin Shauki tampil menyuarakan pandangan berhubung tindakan saman yang difailkan oleh isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap rakan seangkatannya, Harith Iskander.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 55, berpendapat penerimaan masyarakat tempatan terhadap komediri (stand-up comedy) masih terhad berbanding budaya hiburan di luar negara.

Katanya, situasi tersebut secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan kebebasan berkarya bagi penggiat seni komedi tanah air mungkin tersekat pada masa hadapan.

Rosmah memfailkan saman terhadap Harith Iskander. 

"Apa yang saya perasan di Malaysia, penerimaannya masih lagi susah. Orang sukar nak terima sesuatu perkara itu sekadar gurauan. 

"Dalam kes Harith, saya tak tengok persembahan dia dan tak tahu kandungan apa yang dibuat, jadi saya tak boleh nak komen sangat. 

"Kita sepatutnya boleh terima apa yang dibuat oleh pelawak, cuma budaya kita berbeza dengan Amerika Syarikat yang lebih bebas. Di Malaysia, buat sesuatu itu kena ada bukti," katanya kepada mStar. 

Sebelum ini, Rosmah memfailkan tuntutan saman pada 9 Jun lalu dengan mendakwa Harith telah menghina rupa paras serta fizikalnya sewaktu membuat persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara jenaka ‘jalan gelap dan cermin pandang belakang’, Rosmah saman Harith Iskander! Dakwa dikaitkan figura menakutkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf ya" - Hanya ini jawab Harith Iskander selepas disaman Rosmah Mansor

Rosmah mendakwa kenyataan berbaur sindiran dan penghinaan fizikal berkenaan mencemarkan imej serta reputasinya di mata umum.

Mengulas lanjut, Afdlin berpendapat bahawa sesuatu persembahan parodi atau jenaka wajar diberi ruang untuk berkarya.

Namun kini, hurai Afldlin, segalanya terletak kepada keputusan sistem perundangan negara.

Katanya lagi, keputusan mahkamah adalah penting buat industri komedi tempatan kerana ia bakal menentukan sejauh mana garisan penanda yang dibenarkan buat mana-mana pelawak di negara ini.

Rosmah meminta Harith membuat permohona maaf dan juga beberapa ganti rugi. 

"Ya betul, kebebasan pelawak memang boleh tersekat (bila benda ini berlaku). Sebab itu bagi saya, mahkamah kena beri penjelasan. Sepatutnya komedi atau gurauan tidak ada masalah, cuma orang kita ini cepat sangat terasa.

"Jadi kita bergantung pada mahkamah untuk terangkan sama ada benda begini boleh atau tidak. Kalau tak boleh, lepas ini tak buat lagilah," ujarnya. 

Untuk rekod, dalam kes saman tersebut, Rosmah menuntut Harith untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. 

Harith bagaimanapun dalam pernyataan pembelaannya menafikan persembahan tersebut dilakukan dengan niat jahat atau berunsur fitnah. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain