VIDEO penyanyi Ben Ladin mencukur botak rambutnya sebelum ini mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang menyangka dia menghidap penyakit kanser.Menjelaskan perkara sebenar, Ben atau Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 25, memberitahu doktor mengesahkan dia menghidap alopecia areata yang kritikal, iaitu sejenis penyakit menyebabkan keguguran rambut. "Saya baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan hari ini (Rabu). Doktor memaklumkan tentang penyakit saya yang berada pada tahap kritikal. Keadaan ini juga membimbangkan dan boleh membawa kepada kanser."Sebenarnya, ia adalah masalah rambut gugur, hormon dan sistem imun badan yang tidak stabil," katanya ketika dihubungi mStar.Video yang dimuat naik Ben mengundang spekulasi keadaan kesihatannya. Kata Ben, tekanan juga menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan masalah tersebut.Penyanyi itu turut memberitahu dia sudah menjalani pelbagai jenis rawatan sebelum ini, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah sudah bercerai hingga tampil imej botak, Ben Ladin nafi rumah tangga bergolak... “Saya akan jelaskan isu sebenar kesihatan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin kini bergelar bapa, jantina anak masih jadi tanda tanya"Doktor beritahu saya tak boleh tertekan. Stres antara perkara yang boleh trigger masalah saya ini."Rasanya sudah lebih tiga tahun saya mendapatkan rawatan berkaitan masalah rambut gugur. Ada juga yang hanya mengambil kesempatan untuk menjual produk."Kali ini saya betul-betul mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian darah," jelasnya.Ben menunggu keputusan ujian darah untuk mengetahui rawatan sesuai. Menurut Ben, dia kini sedang menunggu keputusan ujian darah yang dilakukan pada Rabu sebelum mengetahui rawatan yang sesuai.Ben sebelum ini memuat naik video memaparkan rambutnya dicukur oleh isterinya, Anna Syida, dengan kapsyen memaklumkan dia kini berdepan ujian kesihatan.Video tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk salah faham segelintir pihak yang mendakwa dia menghidap kanser tahap tiga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!