PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila kucing peliharaannya, Kilau, sudah pulang ke pangkuannya selepas dilaporkan hilang sejak pagi Selasa.Azhan, 50, berkata, dia menyedari kepulangan Kilau kira-kira pukul 5.20 pagi Rabu selepas terdengar bunyi kucing itu mengiau di kediamannya. "Alhamdulillah, syukur. Allahuakbar. Pukul 5.20 pagi Kilau balik sendiri. Tiba-tiba dengar suara dia selepas semalaman saya biarkan pintu dapur terbuka.Azhan kongsi keadaan Kilau selepas pulang ke rumah."Pukul 2.30 pagi semalam, saya baru balik dari penggambaran. Macam orang gila saya berpusing-pusing di belakang rumah mencari Kilau lagi," katanya menerusi Instagram.Dalam hantaran sama, Azhan turut berkongsi momen memeluk Kilau sebagai tanda rindu dan kasih sayangnya terhadap haiwan peliharaan itu.Pada masa sama, pelakon berkenaan merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai yang membantu mencari Kilau serta mendoakan kepulangannya.ARTIKEL BERKAITAN: “Otak saya berfikir tentang Kilau, tak tenteram nak kerja“ - Azhan Rani resah akibat kehilangan kucingARTIKEL BERKAITAN: [V] Pempengaruh ‘mabuk spotlight’, Azhan Rani nasihat graduan jangan melatah" Terima kasih atas doa dan perhatian semua yang mendoakan Kilau pulang. Terima kasih kepada adik saya yang hampir setiap jam meronda mencari Kilau sejak semalam. Sahabat yang sanggup datang dari jauh petang semalam semata-mata untuk mencari."Tak lupa juga kepada sahabat mutawwif yang mendoakan Kilau dari hadapan Kaabah di Mekah. Allah angkat doa kalian. Syukur Kilau pulang sendiri dengan selamat," ujarnya.Sebelum ini, Azhan mengakui emosinya sedikit terganggu selepas Kilau dilaporkan hilang sejak pagi Selasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!