suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan takut jumpa orang cuma rasa semua perhati“ - Azar Azmi akui kekok selepas 5 tahun menyepi

Azar masih membiasakan diri menjadi perhatian ramai.

KEMBALI aktif dalam dunia seni, pelakon Azar Azmi memberitahu tidak mudah buatnya membiasakan diri berdepan orang ramai selepas sekian lama menyepi.

Meskipun namanya cukup dikenali sebelum ini, Azar atau Azar Ameerah Azmi, 37, berkata perubahan situasi semasa membuatkan dia sedikit kekok apabila kembali menjadi perhatian ramai.

"Bukanlah takut nak jumpa orang, cuma saya sudah terbiasa berada dalam situasi yang bukan di hadapan orang ramai. Jadi bila berdepan dengan orang ramai, saya rasa semua memerhati dan keadaan itu tidak lagi biasa.

Azar tidak menyangka kemunculannya semula mendapat sambutan baik. 

"Jika dibandingkan dengan diri saya sebelum ini, memang jauh berbeza. Situasi ini berlaku secara semula jadi, mungkin keadaan membuatkan saya jadi begini," katanya kepada mStar.

Azar ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Bulan Henti Bicara (BHB) yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.

Drama tersebut juga merupakan penampilan pertama Azar selepas lebih lima tahun menyepi dan tidak aktif dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi kunci mulut kes mahkamah suami, sibuk cari duit untuk anak-anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi menangis dapat berlakon, Sharnaaz Ahmad ucap ‘welcome back’

"Saya tidaklah berjumpa doktor pakar untuk masalah ini sebab merasakan secara perlahan-lahan keadaan semakin pulih.

"Ketika pertama kali berjumpa pelakon dan kru BHB, saya juga mengambil masa yang lama memerhati mereka semua. Saya terdiam sekejap sebelum bersuara.

"Sebelum ini memang saya tak keluar. Apabila mula keluar ke satu kawasan yang luas, rasa sangat berbeza," ujarnya.

Sebelum ini memang saya tak keluar

AZAR AZMI 

PELAKON 

Di sebalik perhatian terhadapnya kini, Azar turut mengakui tidak mudah menjalani kehidupan harian, termasuk memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Apatah lagi namanya sebelum ini menjadi bualan selepas menjalani tahanan reman atas dakwaan terlibat dalam kes penipuan berkaitan penjualan tanah dan pemberian darjah kebesaran.

Biarpun begitu, pelakon ini meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan pengorbanan empat adik-beradiknya yang sentiasa memberi sokongan.

Azar tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pengorbanan keluarga. 

"Memang susah sebab perkara sebelum ini bermain dengan emosi. Ada waktu saya terfikir, 'Kenapa hidup begini?'. Ketika menjalani penggambaran pun saya boleh menangis.

"Saya bersyukur kerana ada adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan. Merekalah tempat saya bergantung, meluahkan perasaan dan berkongsi kasih sayang," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain