suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Apa saja saya lakukan, lupa nak rakam“ - Amy Mastura akui jarang cipta kandungan media sosial punca bebas kontroversi

Amy tidak pernah terpalit dengan kontroversi panas sepanjang bergelar anak seni. Foto VIU MALAYSIA.

TIDAK pernah terpalit dengan kisah sensasi, pelakon dan penyanyi Amy Mastura berpendapat sikapnya yang kurang gemar menghasilkan kandungan di media sosial menjadi antara sebab namanya kekal bersih.

Kata Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 55, dia bukan sahaja tidak aktif di platform digital, malah sering terlupa merakam setiap momen dalam kehidupan untuk dikongsikan kepada umum.

"Mungkin saya tak reti buat 'content' kot jadi kurang kontroversi. Kalau tak ada content nak cipta kontroversi apa lagi. 

Amy tidak berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

"Saya pun tak aktif di media sosial. Nak ambil gambar makanan tapi dah habis makan baru teringat. 

"Selalunya apa saja yang saya lakukan, saya lupa nak rakam. Jadi simpan dalam kepala saja, tak kongsi di media sosial," katanya kepad mStar. 

Biarpun kini tidak seaktif dahulu, pelakon filem Puteri Impian ini masih belum terlintas untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni yang diminatinya sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak berani nak cakap lebih, nanti orang kata poyo pula“ - Amy Mastura ‘cuti‘ menyanyi demi tuntutan agama

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Mastura pilih perlahankan karier seni... “Elok cari bekalan akhirat”

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersara. Saya sangat mencintai bidang ini. Seronok berlakon tapi mungkin saya perlu perlahankan kerjaya dan tidak seaktif dulu. 

"Jadi saya banyak masa bersama keluarga, sekali sekala nak juga berlakon sebab memang minat," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Amy kini membintangi drama Ate Kome, I Love You! terbitan Viu yang menampilkan dirinya dengan cabaran baharu menerusi penggunaan dialek Perak yang pekat.

Amy (kanan) bergandingan dengan Aniq Suhair dalam drama Ate Kome, I Love You!

Menurut Amy, walaupun berasal dari Perak, tempoh lama menetap di Kuala Lumpur membuatkan dia perlu kembali membiasakan diri dengan loghat negeri kelahirannya itu.

"Ini pertama kali saya melakonkan watak menggunakan dialek Perak yang pekat. Itulah cabarannya. Memang saya asal Perak tapi dah lama menetap di KL. 

"Tapi mujurlah kru produksi semua membantu. Jadi saya dapat refresh balik untuk bercakap dalam dialek Perak, Alhamdulillah," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain