suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sekadar ‘social experiment’. Tak tujukan kepada sesiapa“ - Ezzanie Jasny ulas hantaran di Threads

Ezzanie menjelaskan kekeliruan tentang perkongsian di Threads.

PERKONGSIAN pelakon Ezzanie Jasny di laman Threads miliknya mengenai isu kepercayaan kepada seseorang menimbulkan tanda tanya ramai.

Menjelaskan perkara tersebut, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, memberitahu hantaran itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Menurutnya, ia sekadar perkongsian spontan untuk melihat maklum balas pengguna Threads yang lain.

Hantaran Ezzanie di Threads. 

"Itu sekadar mewakili suara netizen. Saya tahu pengguna Threads suka membalas komen. Jadi terdetik untuk berkongsi dan melihat maklum balas orang.

"Ia sekadar social experiment," katanya kepada mStar.

Ezzanie ditemui ketika majlis sidang media drama terbaharunya berjudul Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila pulang memang ‘burn-out‘ dan menangis” - Ezzanie Jasny letih watak berat 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal profesional sebagai rakan kerja, Ezzanie Jasny rasa pengalaman pertama dijodohkan

Tambah pelakon itu, hantaran tersebut juga tidak seharusnya disalah tafsir kerana tiada sebarang nama dinyatakan.

"Tidaklah rasa bimbang orang salah faham sebab saya tidak tujukan kepada sesiapa.

Ezzanie elak kandungan toksik di media sosial. 

"Otak dah banyak kerja, jadi saya sekadar nak baca komen netizen.

"Jika ada yang kata Threads toksik, bagi saya tidak. Sebab saya selalu membuat carian perkara yang positif. Algoritma saya yang baik-baik sahaja," jelasnya.

Ezzanie sebelum itu berkongsi satu hantaran mengenai sikap manusia yang sukar dipercayai sehingga boleh menyebabkan seseorang hilang kepercayaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain