KEHILANGAN kucing peliharaannya memberi kesan emosi buat pelakon Azhan Rani sehingga dia sukar untuk memberi fokus terhadap kerja. Ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharunya Azhan memberitahu fikirannya masih terfikir tentang Kilau (nama kucing) yang hilang sejak awal pagi tadi. “Sekarang otak saya berfikir fasal kucing. Lepas nak nak pergi penggambaran drama pun tak senang. Jiwa tak tenteram nak bekerja,” katanya kepada mStar.Azhan turut berkongsi foto kucingnya di media sosial.Azhan ditemui ketika sidang media drama Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa. Bercerita lanjut, menurut Azhan kucing jenis British Long Hair itu merupakan haiwan kesayangannya yang juga menjadi peneman tidur. Azhan mula menyedari kehilangan Kilau sekitar Subuh pagi Selesa dan dipercayai kucing tersebut lari keluar meneruis pintu belakang rumah yang terbuka tanpa sengaja. ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani suka ‘ride’ seorang diri, tak minat sertai konvoi... “Lemas banyak kerenah”ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani luah kecewa sikap artis tak tepati masa, pernah tunggu dari pagi sampai petang“Kilau biasanya jadi alarm clock saya. Dia akan akan kuis-kuis muka saya sekitar pukul 4 pagi untuk minta makanan. “Tetapi pagi ini saya bagun sendiri. Terus ada sesuatu yang tidak kena. Saya turun ke bawah dan dapati Kilau tiada. “Rasa sedih sangat. Saya datang kerja hari ini pun dalam keadaan jiwa tak tenang,” ujarnya. Azhan tak putus asa mencari kucing peliharaannya.Azhan juga telah memaklumkan kepada komuniti kejiranan untuk membantu bagi mencari haiwan berkenaan. Malah dia sedia memberi ganjaran kepada sesiapa yang menemui Kilau. “Insya-Allah saya bagi apa yang mampu asalkan kucing saya kembali,” ucapnya. Azhan sebelum itu berkongsi perkara sama di media sosial miliknya meminta bantuan ramai dengan turut memaparkan gambar Kilau.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!