suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani suka ‘ride’ seorang diri, tak minat sertai konvoi... “Lemas banyak kerenah”

PELAKON Azhan Rani mengakui lebih gemar menunggang motosikal secara solo berbanding konvoi atau menyertai mana-mana kelab permotoran.

Menurut Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, minat terhadap aktiviti itu lebih bersifat peribadi kerana ia menjadi ruang untuknya mencari ketenangan selepas melalui jadual kerja yang padat.

"Setiap orang ada niat sendiri bila melibatkan hobi. Orang lain mungkin suka bermotosikal dalam kumpulan tapi saya tidak.

"Saya sendiri tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan motosikal secara tetap.

"Kadang-kadang saya boleh sahaja menunggang secara solo dan pernah sehingga ke Krabi dan Narathiwat seorang diri," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Azhan berkata aktiviti menunggang motosikal disifatkannya sebagai satu bentuk terapi untuk menyegarkan kembali emosi dan mental sebelum memulakan komitmen kerja yang baharu.

Menurutnya, masa yang dihabiskan di atas motosikal juga merupakan waktu untuk dirinya menikmati ketenangan tanpa sebarang gangguan.

"Saya anggap menunggang motosikal sebagai konsep healing saya. Untuk ubah diri saya daripada satu projek yang berat sebelum beralih ke projek lain, saya kena ada waktu healing, jadi itu 'me time' saya.

"Saya tak suka ada dalam kumpulan sebab kadang-kadang ada banyak kerenah, saya jadi lemas," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi