suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya nak pinjam ah long!” - Pasya hilang RM35,000, duit kahwin habis lebur kena scam

PENYANYI Pasya mendedahkan dia pernah melalui detik hitam dalam hidup apabila menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian sehingga kerugian RM35,000 pada tahun lepas.

Menurut Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, 32, membuatkan dia ralat apabila duit yang digunakan itu merupakan wang simpanan untuk majlis perkahwinannya.

“Saya pernah mengalami titik terendah dalam hidup apabila ditipu sebanyak RM35,000 dan itu merupakan duit perkahwinan saya yang bakal berlangsung.

“Saya kena tipu dengan sindiket online yang menawarkan pulangan berganda, tak sangka pula saya yang jadi mangsa sebab saya memang jenis orang yang susah nak percaya skim cepat kaya.

“Semua duit kahwin saya habis lebur sampai pernah terfikir nak pinjam ah long untuk dapatkan semula duit itu, memang saya terduduk ketika itu mengenangkan nasib dan duit yang sudah hilang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi