suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awie ada fobia, tak boleh dekat dengan belon... Takut kalau pecah!

PENYANYI Datuk Awie memberitahu dia fobia terhadap belon sehingga membuatkan berasa cemas setiap kali melihat objek berkenaan berada berdekatan dirinya.

Menurut Awie, 58, perasaan itu mula timbul ketika waktu awal kemunculannya sebagai penyanyi dan syukur kerana masalah ini dapat diatasi seiring peningkatan.

“Dulu saya memang tidak takut dengan belon waktu zaman kanak-kanak memang suka sangat tapi bila sampai satu tahap bila sudah dewasa saya jadi lain pula, dulu keluarga selalu buat majlis hari jadi yang ada banyak belon ni.

“Bila saya sudah jadi artis jadi jarang balik rumah kemudian bila pulang tu ada pula belon banyak dekat rumah, waktu itu anak saudara main belon jadi perasaan takut belon tu pecah ada.

“Perasaan takut tu sampai bila tengok belon ketika itu, ada pula kawan-kawan yang menyakat jadi lagi tambah la fobia tu dekat belon… tapi Alhamdulilah lama-lama perasaan takut tu makin hilang sekarang ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi