suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun dalam industri muzik, Syamel pasang impian lebar sayap ke Indonesia

PENYANYI Syamel menyimpan hasrat untuk mengembangkan kerjaya seninya ke Indonesia selepas sedekad bergelar penyanyi.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, berkata meskipun pernah berkunjung ke negara itu bagi urusan rakaman muzik, namun dia masih belum pernah berpeluang mengadakan persembahan di sana.

“Impian untuk melebarkan saya ke luar negara tu memang ada cuma buat masa sekarang ini fokus lebih tertumpu buat dalam Malaysia terlebih dahulu.

“Saya pernah ke Indonesia untuk buat sesi rakaman tapi belum pernah lagi sampai ke tahap lebarkan sayap ke sana, buat persembahan di Indonesia pun belum pernah lagi buat masa ini.

“Saya memang ada perancangan untuk ke Indonesia cumanya kena susun betul-betul semuanya sebelum nak lebarkan karier ke sana, minta semua doakan ya mana tahu ada rezeki saya di Indonesia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi