suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat hampir gulung tikar, Santesh ‘terduduk’ tak mampu bayar gaji pekerja

PENYANYI Santesh mendedahkan syarikat rakamannya, Rentak Angkasa, pernah berada di ambang muflis susulan kesan pandemik Covid-19 yang memberi tamparan hebat kepada industri muzik.

Menurut Santesh atau Shanthesh Kumar, 38, ketika itu dia berdepan detik paling sukar dalam hidup apabila syarikatnya itu tidak lagi mempunyai aliran kewangan yang baik sehingga gagal membayar gaji pekerja.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan dia buntu dan tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan perniagaan yang dibinanya.

"Lepas pasca Covid, syarikat saya hampir bankrap. Tiada wang nak bayar gaji pekerja.

"Masa itu saya 'blackout', memang tak tahu nak buat apa," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Santesh memberitahu dia akhirnya mengambil keputusan menjual keseluruhan katalog lagu milik syarikatnya kepada Rusa Music bagi mendapatkan suntikan modal untuk meneruskan operasi.

"Ketika itulah saya berjumpa dengan Rusa Music dan membuat keputusan menjual semua katalog lagu sebelum menjalinkan kerjasama secara usaha sama.

"Mereka beri saya bayaran pendahuluan dan daripada situ saya dapat pulihkan semula syarikat rakaman saya," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi