suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Zarif Ghazzi cedera ditumbuk ketika penggambaran

PELAKON Zarif Ghazzi mengalami kecederaan ringan di bahagian mulut selepas terbabit dalam satu insiden ketika menjalani penggambaran drama bersiri Cela pada Sabtu lalu.

Zarif, 22, bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian itu, malah dia memilih untuk meneruskan penggambaran kerana mahu memberikan komitmen penuh terhadap babak aksi berkenaan.

“(Insiden) Ada satu adegan pada Sabtu malam, (di mana) saya melakonkan babak aksi. Terdapat satu gerakan yang tersasar seakan bertumbuk sehingga terkena sedikit pada muka saya.

“Tapi sebagai seorang pelakon yang dahagakan rasa sebenar, saya pilih untuk teruskan sebab sudah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah kami habiskan penggambaran. Selepas selesai barulah fikirkan kesannya.

Zarif kongsi pengalaman 'hitam' ketika penggambaran Cela. 

“Memang saya sendiri yang ambil risiko untuk sambung. Alhamdulillah, selepas tengok sedikit rakaman babak itu, saya rasa hasilnya cantik dan berbaloi,” katanya kepada mStar.

Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi bersama media sempena penggambaran Cela di DSH Villa, Hulu Langat, Selangor.

Menurut Zarif, kecederaan dialaminya hanyalah kecil dan semakin pulih selepas mendapatkan rawatan serta berehat selama tiga hari.

“Luka kecil saja, cuma ada sedikit pendarahan. Saya jumpa doktor dan doktor cakap tiada masalah serius, cuma perlu berehat seketika.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi tidak berkira dengan keluarga... "Untuk mereka duit saya unlimited"

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi hanya teman rapat, Bella Dowanna elak cinta lokasi

“Alhamdulillah, selepas berbincang dengan pihak produksi, saya diberi rehat selama tiga hari sebelum kembali menyambung penggambaran hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zarif berkata insiden tersebut membuka matanya mengenai kepentingan aspek keselamatan ketika menjayakan babak aksi.

Malah pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut juga sudah tampil memohon maaf secara peribadi pada dirinya.

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ini memang kemalangan

ZARIF GHAZZI 

PELAKON 

“Ia hanyalah satu insiden. Macam mana pun kita merancang untuk selamat, kalau sudah ditakdirkan berlaku, ia tetap akan berlaku.

“Bagi saya, ini satu pengajaran supaya jangan terlalu yakin apabila melakukan babak aksi. Keselamatan perlu sentiasa diutamakan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ini memang kemalangan.

“Pelakon ekstra yang bersama saya dalam babak itu pun sudah meminta maaf. Dia sangat risau kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Darah memang ada mengalir sedikit, jadi kami terus gunakan keadaan itu untuk babak berkenaan,” luahnya.

Pada masa sama, Zarif memuji sikap profesional pihak produksi yang mengutamakan keselamatan pelakon sepanjang penggambaran.

Zarif lebih berhati-hati ketika di lokasi penggambaran. 

“Saya tahu produksi ini memang mengutamakan keselamatan. Pengarah dan penerbit sendiri meminta supaya penggambaran dihentikan pada hari kejadian dan hanya disambung semula selepas keadaan saya kembali pulih.

“Kejadian ini menjadi peringatan untuk saya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak terlalu yakin ketika melakukan babak aksi,” katanya.

Drama arahan Feroz Kader terbitan Global Film Station Sdn Bhd ini turut dibintangi Nabila Huda dan Hun Haqeem.

Cela merupakan drama Viu Original bergenre thriller yang dijadualkan menemui penonton bermula 20 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain