suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersasul panggil ‘sayang’, Vida mengaku ada hubungan dengan Fazley... Siap tunjuk cincin di jari

DILIHAT semakin mesra, usahawan sensasi Datuk Seri Vida menjelaskan panggilan sayang yang diluahkan oleh penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob sebenarnya bermula secara tidak sengaja apabila penyanyi itu tersasul ketika mereka berbual.

Bagaimanapun, Vida atau Hasmiza Othman, 55, berkata dia sendiri tidak mengetahui punca Fazley terus menggunakan panggilan berkenaan sehingga menjadi perhatian ramai.

"Panggilan saya itu bermula dengan tersasul. Saya tak tahu kenapa Fazley boleh tersasul, kemudian asyik ulang perkara sama," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Vida berkata dia lebih selesa membiarkan orang ramai membuat penilaian sendiri mengenai hubungan mereka berbanding memberi pelbagai penjelasan.

Menurutnya, sebagai seorang wanita dia perlu menjaga batas dan tidak mahu terlalu terbuka mengulas perkara yang masih belum mempunyai kepastian.

"Saya perempuan, nak cakap pelik-pelik tak boleh. Biar netizen sendiri tengok dan nilai.

"Sebagai seorang perempuan tak bolehlah lebih sudu daripada kuah," ujarnya.

Sebelum ini, tular video memaparkan Fazley memanggil Vida dengan panggilan sayang ketika mereka berdua sedang bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi