suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zubir Khan dah nak kahwin, bertemu jodoh ‘follower’ gadis India... Sedia pikul tanggungjawab bimbing isteri 

PENYANYI Zubir Khan mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berbangsa India pada Julai depan.

Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai tarikh dan lokasi pernikahan mereka.

Namun, Zubir memberitahu segala persiapan hampir siap sepenuhnya dan kini hanya menunggu detik bahagia sebelum bergelar suami.

"Ya, saya bakal bernikah bulan Julai ini dan agak berdebar juga tapi bila cakap soal tarikh tepat, nanti dulu ya biar kejutan buat semua orang tapi yang pasti memang bulan depan.

"Bakal isteri saya berbangsa India dan kami kenal sudah lama tapi hubungan kami lebih rapat pada tahun 2025 dan terus lamar untuk berkahwin.

"Sekarang ini bakal isteri saya sudah pun memeluk agama Islam dan saya tahu tanggungjawab ini besar dan banyak pahala, sekarang ini saya sudah ajar sikit-sikit soal agama kepadanya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi