suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekin Ibrahim sanggup tayang badan ikut tuntutan watak, Shaheizy Sam jadi ‘benchmark’ perubahan tubuh

PELAKON Pekin Ibrahim tiada masalah jika perlu mempamerkan tubuh badan demi menjayakan sesuatu watak dalam sesebuah naskhah.

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 45, perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu selagi ia bersesuaian dengan tuntutan jalan cerita dan karakter berkenaan.

"Tengok pada kesesuaian watak, kalau babak itu memerlukan pelakon tayang badan memang mahu atau tidak kena buatlah.

"Saya tiada isu benda itu, kalau badan cantik tayang jelah, kalau boyot nanti orang persoalkan pula," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Pekin mengakui dirinya mengagumi pelakon Shaheizy Sam yang disifatkan sanggup melakukan transformasi fizikal demi memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah lakonannya.

Tambah Pekin, komitmen ditunjukkan Sam dalam mengubah bentuk badan mengikut keperluan watak wajar dijadikan contoh oleh pelakon lain termasuk dirinya sendiri.

"Saya suka tengok Shaheizy Sam, gemuk, kurus atau perut petak (six pack) pun boleh. Kalau dia boleh buat takkan pelakon lain tak boleh buat.

"Dia saya letak sebagai penanda aras (benchmark) saya. Jadi saya anggap dia macam idola dalam bab-bab begitu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Pekin bakal memulakan penggambaran filem Jerat pada Ogos depan yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Aprena Manrose, Nabil Aqil, Datuk Jalaluddin Hassan, Razib Salimin dan Mark Wan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi