suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ajai sokong Aisha Retno jadi juri Big Stage, puji bakat luar biasa sampai buat lagu untuk TokTi

KOMPOSER Ajai tampil mempertahankan penyanyi Aisha Retno yang menerima kritikan netizen selepas dilantik sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian Big Stage X Rocketfuel.

Menurut Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, pemilihan seseorang sebagai juri tidak seharusnya diukur berdasarkan usia atau tempoh pengalaman semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira bakat, kreativiti dan pemahaman terhadap perkembangan industri muzik semasa.

"Kadang-kadang bakat itu tidak mengira usia. Dia (Aisha) juga mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun pengalaman hanya dua atau tiga tahun, tetapi kerana mempunyai nilai artistik dan bakat semula jadi, dia tahu trend semasa.

Ajai mempunyai pengalaman sebagai juri Big Stage.

"Dia juga menghasilkan lagu sendiri dan ramai tahu lagu rayanya mendapat sambutan. Malah dia turut mencipta lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Maknanya, ramai orang dalam industri yang sudah berpengalaman pun mengakui bakat budak ini luar biasa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajai turut menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan mengapa dirinya tidak dipilih sebagai juri untuk program berkenaan.

Malah, Ajai berpendapat pemilihan tiga juri berkenaan memberi nilai tambah kerana mereka sendiri pernah melalui pengalaman sebagai peserta pertandingan nyanyian sebelum berjaya membina nama dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X Rocketfuel 

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu masa sesuai, Ajai tak tolak kongsi pentas bersama Nourul Depp

"Itu pada saya terletak kepada pihak produksi, mereka ada strategi tersendiri. Kalau kita lihat, ketiga-tiga juri itu datang daripada program realiti.

"Jadi mereka boleh menjadi contoh kepada peserta kerana pernah berada di tempat yang sama sebelum ini dan kini bergelar juri. Pada saya, itu satu pengalaman yang sangat bagus," jelasnya.

Selain Aisha, dua lagi juri yang dilantik untuk Big Stage X Rocketfuel ialah penyanyi Akim Ahmad dan Hael Husaini.

Program berkenaan akan mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 28 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain