KOMPOSER Ajai percaya kejayaan konsert For You Nourul yang berlangsung pada hujung Mei lalu didorong oleh kekuatan lagu solo penyanyi itu yang masih menjadi siulan peminat.Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 52, berkata dia juga gembira dengan kelancaran konsert penyanyi Nourul Depp yang juga merupakan bekas isterinya. “Dari segi katalog lagu, dia memang ada banyak seleksi lagu hit solo. Antaranya Cinta Azali dan Ikhlasnya Cintaku yang masih menjadi siulan ramai.Ajai tiada masalah untuk berkongsi pentas dengan Nourul. “Kalau dicampur pula dengan lagu duet, memang banyak pilihan yang boleh dipersembahkan,” katanya kepada mStar.Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Aisha Retno berjudul Diari Air Mata di sini pada Selasa.Menurut Ajai, dia tidak dapat menghadiri konsert tersebut kerana sibuk membuat persiapan untuk konsert kumpulan Exists yang dijadual berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.ARTIKEL BERKAITAN: Impian 32 tahun akhirnya jadi realiti, Nourul anggap konsert solo pertama sebagai pelaburan berbaloi ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tolak tawaran lumayan demi konsert For You NourulDalam pada itu, Ajai tidak menolak kemungkinan untuk kembali berkongsi pentas bersama Nourul sekiranya ada permintaan daripada peminat.Malah, dia percaya kemunculan mereka berdua sentiasa dinanti-nantikan memandangkan masih mempunyai lagu duet malar segar seperti Aku Cinta Aku Rindu.“Insya-Allah, kalau ada rezeki. Saya tak ada masalah kalau disatukan di atas pentas.Konsert Nourul di KL mendapat pujian ramai. “Cuma kita kena tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini pun kami pernah digandingkan sebagai rakan duet dan lagu-lagu itu masih diingati sampai sekarang,” ujarnya.Terdahulu, segelintir peminat meluahkan harapan untuk melihat kembali gandingan Ajai dan Nourul yang pernah dianggap antara pasangan duet paling serasi.Dalam perkembangan lain, Ajai diberi kepercayaan sebagai komposer dan penulis lirik bagi lagu Diari Air Mata nyanyian Aisha Retno terbitan Usanita Entertainment.Lagu tersebut juga bakal dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk sebuah drama terbaharu terbitan UTV yang akan diumumkan tidak lama lagi.Untuk rekod Ajai dan Nourul bercerai pada 2006 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!