suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahun ini lebih tenang, Aina Abdul tak letak harapan menang AJL40

Aina sudah ada idea konsep persembahan AJL40.

PENYANYI Aina Abdul tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang trofi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40). 

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata dia hanya mahu membawakan lagu ciptaannya berjudul Kamu itu sebaik mungkin pada malam berkenaan.

“Kita manusia kan, kalau sebelum ini, dah menang persembahan terbaik, nak menang vokal juga. Dah vokal, nak nombor satu. Tapi kali ini saya harap saya tak menipu diri sayalah. 

Aina menjanjikan persembahan terbaik di pentas AJL40. 

“Di saat ketika ini, saya memang nak masuk itu bukan untuk bertanding sebab itu saya rasa lebih tenang dan santai. 

“Tapi santai itu bukan bermaksud saya tidak membawa apa-apa, cuma nantikan,” katanya kepada mStar

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran lagu Sadis dan Berjauh-an di Kuala Lumpur pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok tengok Aina Abdul ‘live’ di dapur, memasak jadi terapi... “Tak perlu fikir deep sangat” 

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersirat

Ditanya sekiranya kegagalan lagu tersebut diraikan oleh segelintir pihak yang tidak menyukainya, Aina berkata dia tidak lagi menghiraukan perkara itu. 

“Tak kisah... sebab bagi saya, menang pun dia orang kecam, saya tak menang lagilah dia orang kecam kan? 

“Bagi saya ia tidak mengapa. Yang penting lagu saya masuk dan saya nyanyi,” ujarnya. 

Konsep persembahan Aina sentiasa dinantikan peminat. 

Berkongsi mengenai persiapan untuk AJL40, Aina berkata pihaknya baru memikirkan mengenai idea dan konsep persembahan. 

“Kita baru bermesyuarat. Idea itu sudah ada.  Tapi AJL kali ini saya nak tampil berbeza daripada stigma biasa. 

“Boleh katakan tahun ini saya lebih tenang,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain