suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“No comment!” - Pelakon lelaki berwatak baik terus ‘blah’ selepas ditanya isu curang terhadap isteri

Pelakon lelaki itu cukup dikenali menerusi watak lakonannya.

KETIKA peminat drama tempatan memperkatakan kehebatan karya yang sedang ‘trending’, timbul desas-desus tidak manis apabila terdapat dakwaan mengatakan pasangan pelakon yang terlibat  drama tersebut menjalinkan hubungan istimewa.

Malah, lebih mengejutkan, pelakon lelaki yang pernah dikenali ketika memegang watak ahli agama itu sebenarnya sudah berkahwin.

Sumber memberitahu mStar, keraguan mula timbul selepas ada pihak melihat kereta milik aktor itu sering berada di rumah pelakon wanita berkenaan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Sumber membaritahu ternampak kereta milik aktor itu di rumah pelakon wanita berkenaan. 

Malah, sumber turut mendakwa pelakon lelaki yang berusia 40-an itu sengaja berlaku curang terhadap isterinya selepas dia dan pelakon wanita berkenaan digandingkan dalam drama tersebut.

Wartawan mStar berjaya menjejaki pelakon ini pada majlis tayangan drama lakonnannya bagi mendapatkan jawapan berhubung tuduhan berkenaan.

Pada awalnya, dia bersetuju untuk ditemu bual, namun riyak wajahnya berubah apabila diajukan persoalan berkaitan cerita panas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu buat hal! Bekas teman wanita ‘spill the tea’... "Dia selalu curang, ada anak dengan perempuan lain" 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon usia 19 tahun dituduh curang dan bertindak kasar, bekas kekasih dakwa alami tekanan emosi

Pelakon itu enggan memberi sebarang komen malah terus berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan lanjut.

“No comment,” katanya ringkas.

Tidak habis di situ, mStar cuba mengejarnya bagi mendapatkan penjelasan namun dia tidak menghiraukan pertanyaan dan terus hilang begitu sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain