PENYANYI Aina Abdul tidak menjangka penggunaan perkataan 'takda' dalam lirik lagu terbaharunya berjudul Sadis akan mengundang kritikan daripada netizen.Menjelaskan mengenai perkara itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, memberitahu 'takda' dipilih kerana ia merupakan perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. "Alhamdulillah orang masih tunjuk minat dalam apa saya buat walaupun berbentuk kecaman. Saya tak jangka ia akan menjadi kecaman pun, saya ingat benda itu orang akan rasa pembaharuan daripada saya sahaja.Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Saya tak rasa pun benda itu akan jadi negatif. Tapi sekarang benda itu teruk juga, tapi saya gembira sebab ramai yang pertahankan saya sebab mereka tahu apa situasi saya menulis lagu itu. “Saya hanya petik apa yang kita selalu guna dalam kehidupan harian,” katanya kepada mStar. Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran lagu Sadis di Kuala Lumpur pada Jumaat. Jelas Aina lagi, perkataan itu juga digunakan sebagai elemen pembaharuan, selain memastikan kelancaran rima melodi ketika menyanyikannya."Kedua, saya mementingkan rima ataupun bagaimana rima melodi itu. Kalau saya pakai tiada, takut ia jadi kekok sikit untuk saya menyanyi. ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ini lebih tenang, Aina Abdul tak letak harapan menang AJL40ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Berjauh-an rupanya inspirasi peribadi Aina Abdul, kisah percintaan jarak jauh... Ada sebab pilih Jepun rakam MV“Saya nak benda yang senang dan lancar untuk saya menyanyi. Saya suka dengan perkataan takda. Mula-mula memang berbolak-balik, ada sahaja yang tidak puas hati," katanya.Dalam pada itu, Aina menyifatkan teguran yang diberikan oleh netizen menunjukkan bahawa pendengar muzik kini semakin bijak dan peka dengan setiap karya yang dikeluarkan.Bagaimanapun, dia berharap agar masyarakat bersikap lebih terbuka kerana penulisan lirik lagu tidak seharusnya terikat dengan bahasa formal.Aina harap netizen lebih bersifat terbuka. "Saya sentiasa akan lihat daripada sudut positif. Bagi saya pendengar saya makin teliti dan ambil tahu dengan lagu-lagu yang dikeluarkan. Saya rasa Allah hadirkan sesuatu itu sentiasa ada hikmahnya."Benda itu memang akan berlaku. Ia bagus sebab netizen makin peka tapi kita kena kawal dengan kepekaan itu dan lebih terbuka. Kena terima yang bahasa ini indah. Bahasa ini bukan hanya ikut kamus sahaja," ujarnya. Sebelum ini, single terbaharu Aina berjudul Sadis menjadi bualan di media sosial selepas segelintir netizen mempersoalkan penggunaan perkataan 'takda' berbanding 'tiada' yang dianggap merosakkan keindahan tatabahasa Melayu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!