suria

Lagu Berjauh-an rupanya inspirasi peribadi Aina Abdul, kisah percintaan jarak jauh... Ada sebab pilih Jepun rakam MV

Aina tampil beri kelainan dalam lagu Berjauh-an.

BERKONGSI tentang penghasilan lagu baharu berjudul Berjauh-an, penyanyi Aina Abdul memberitahu ia merupakan kisah peribadi yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Tanpa menyebut sebarang nama, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, memberi gambaran ia membawa kisah percintaan yang tidak menjadi disebabkan hubungan jarak jauh.

"Saya menulis lagu berkaitan hidup sendiri. Inspirasi hidup yang pernah saya alami dan dah 'kalah' pun.

Aina berkongsi inspirasi lagu Berjauh-an. 

"Namun, saya gembira untuk dia. Terima kasih kerana beri saya inspirasi untuk kisah lagu baharu ini," katanya.

Aina berkongsi perkara tersebut ketika tampil menjadi tetamu dalam segmen Pagi On Suria di stesen radio Suria FM.

Ketika diusik tentang jejaka berkenaan, penyanyi itu turut memberitahu individu tersebut bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul buat kelainan fesyen tuala ‘good morning’ di Separuh Akhir AJL40, rupanya ada maksud tersirat 

ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen Aina Abdul dalam ‘Berjauh-an’, beri bayangan konsep album baharu

Lebih menarik lagi, video muzik lagu Berjauh-an juga dirakamkan di Jepun yang merupakan negara impian untuk dilawati oleh Aina bersama lelaki terbabit. 

Malah, Aina juga secara berseloroh berkata dia kini memilih pasangan dari Malaysia sebagai kekasih dan mahukan seseorang yang tidak terlibat secara langsung dalam industri muzik tempatan sepertinya.

"Dulu suka orang jauh-jauh. Sekarang orang Malaysia sahajalah.

Video muzik lagu Berjauh-an dirakamkan di Jepun. 

"Tiada ciri spesifik, yang penting orang itu bekerja bukan dalam industri.

"Sebab saya tidak mahu bersaing. Lebih baik kalau kahwin, balik rumah tak cakap fasal industri," ujarnya.

Untuk rekod, lagu Berjauh-an merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri dan mula dilancarkan pada 24 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain