SYARIKAT rakaman EMI Music Malaysia di bawah naungan Universal Music Malaysia menyerahkan royalti kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan hak dan hasil karya penyanyi itu terus dinikmati oleh warisnya.Majlis penyerahan royalti berjumlah RM367,305 itu turut mencerminkan usaha berterusan EMI Music Malaysia dalam memelihara dan menguruskan katalog muzik Sudirman agar terus relevan dan dapat dinikmati oleh generasi masa kini sehingga akan datang. Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, ia bukan sekadar memenuhi tanggungjawab kontrak, malah ia adalah tanda penghormatan tertinggi terhadap sumbangan besar Sudirman kepada landskap muzik tanah air."Allahyarham Sudirman merupakan ikon seni yang telah membentuk landskap muzik Malaysia dan meninggalkan khazanah budaya yang amat bernilai.Atai (kanan) menerima bayaran royalti lagu-lagu Sudirman. "Asas sebagai pemegang katalog karya beliau, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan hak royalti terus disalurkan kepada keluarga di samping memelihara serta memperkenalkan semula muzik beliau kepada generasi baharu."Kami mahu karya-karya Sudirman terus didengari, dihargai dan kekal relevan merentasi zaman. Legasi beliau bukan sekadar milik industri muzik, tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya negara," katanya.Bagi merealisasikan hasrat itu, EMI Music Malaysia sedang merancang pelbagai inisiatif termasuk pendigitalan, pemulihan audio ke format terkini serta pelesenan kreatif dalam filem, drama dan kandungan digital.Sementara itu, anak saudara Sudirman yang juga wakil keluarga iaitu Razman Azrai Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Atai menzahirkan rasa syukur atas usaha berterusan pihak label menjaga kebajikan waris.ARTIKEL BERKAITAN: Mengenang 34 tahun pemergian Sudirman, sahabat kongsi sikap rendah diri Allahyarham... “Dia tak pernah cerita buruk fasal orang lain” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu Jay Jay pernah jadi pemuzik iringan, kerja dengan Sudirman dapat gaji bulananAtai turut terharu melihat kasih sayang dan sokongan rakyat Malaysia yang tidak pernah pudar terhadap bapa saudaranya itu walaupun sudah puluhan tahun meninggal dunia. “Kami amat menghargai usaha EMI yang terus menguruskan karya-karya Allahyarham dengan baik dan memastikan hak royalti disalurkan kepada keluarga. Ini membuktikan bahawa legasi beliau masih terus dihargai dan mendapat tempat di hati masyarakat."Walaupun sudah sekian lama beliau meninggalkan kita, kasih sayang masyarakat terhadap Allahyarham masih begitu kuat."Karya-karya beliau bukan sahaja membawa nostalgia kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagunya, malah membuka peluang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah, budaya dan identiti Malaysia dengan lebih mendalam,” katanya. Atai berbangga lagu-lagu Sudirman terus diingati. Dalam majlis sama, sebuah program pencarian bakat dinamakan Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0 turut diadakan membabitkan lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memberi peluang kepada anak muda menggubah semula lagu Sudirman dengan nafas segar.Lebih menarik perhatian, pihak keluarga turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai perancangan untuk menerbitkan sebuah filem biografi yang mengangkat kisah kehidupan dan perjalanan seni bintang legenda itu.Projek filem berskala besar tersebut kini dilaporkan berada di peringkat pembangunan awal, khususnya dalam aspek penulisan skrip dengan mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!