TANGGAL 22 Februari ini menandakan genap 34 tahun pemergian penyanyi legenda tanah air, Datuk Sudirman Arshad.Bagi sahabat rapat yang pernah berkongsi suka dan duka bersama arwah, kenangan terhadap insan seni hebat itu tidak pernah luput, malah rasa rindu terhadap arwah semakin menebal dari tahun ke tahun. Menurut komposer Habsah Hassan, kehilangan Sudirman bukan sekadar pemergian seorang penyanyi berbakat besar, tetapi adik yang amat dekat di hati.Habsah (kiri) dan Saodah antara rakan rapat Allahyarham Sudirman.“Ya, memang rindu. Dia seorang adik yang manja dan sebenarnya sangat mengharapkan perhatian. Walaupun namanya berada di puncak dan sangat popular ketika itu, dia tetap seorang yang merendah diri. Seperti istilah ‘down to earth’.“Ketika saya dan Odah (Saodah) meluangkan masa bersama arwah, dia tidak bawa diri sebagai artis besar. Kami boleh makan nasi bungkus bersama-sama, bergurau senda, malah boleh mengutuk dan mengkritiknya dengan bersahaja.“Dia satu-satunya artis yang kita boleh kutuk dan kritik tak seperti artis sekarang. Tetapi bukan semua orang boleh menegur Sudirman secara terus terang. Walaupun kami menegur dia, kami tak pernah bermasam muka,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu Jay Jay pernah jadi pemuzik iringan, kerja dengan Sudirman dapat gaji bulananARTIKEL BERKAITAN: Kakak Sudirman meninggal dunia, Atai kongsi berita sedih pemergian ibuHabsah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad anjuran Berita Harian dan Kelab Peminat Sudirman di Restoran Bumbu Babah, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada petang Sabtu. Sementara itu, wartawan senior Saodah Ismail yang juga pernah mengenali Sudirman secara dekat, mengakui arwah memiliki keperibadian yang cukup merendah diri walaupun berada di kemuncak populariti.Kata Saodah, Allahyarham Sudirman tidak pernah menceritakan hal buruk mengenai orang lain meskipun sering diasak dengan pelbagai soalan sensasi. “Dia satu-satunya artis yang kita boleh kutuk dan kritik tak seperti artis sekarang.HABSAH HASSANKOMPOSER“Dia seorang yang sangat ikhlas. Dia tak pernah meletakkan dirinya di tempat yang tinggi, sedangkan pada zaman itu dialah antara yang paling atas, setaraf dengan Anita Sarawak dan penyanyi-penyanyi hebat lain.“Bila bersama kami, dia langsung tak berlagak seperti superstar. Dia cuma seorang yang sederhana dan mudah didekati. “Arwah tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain walaupun wartawan cuba ‘provoke’ untuk mencari cerita, dia hanya ketawa dan tak memanjangkan perkara itu. Sekitar majlis bacaan Yasin dan tahlil yang diadakan di Restoran Bumbu Babah, Kampung Baru. FOTO: NSTP“Wartawan memang pandai mencari cerita, tetapi dia tetap tak mahu membuka aib atau bercakap buruk tentang sesiapa,” ujarnya. Untuk info, Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di Kuala Lumpur pada usia 37 tahun akibat penyakit radang paru-paru. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumah kakaknya di Lucky Garden, Bangsar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!