suria
mStar - Urban.Versatil

[V] “Memalukan dan meloyakan”- Ustazah Asma’ kritik adegan ‘soft porn’ dalam Bisik Asmara

Asma’ Harun menegur kandungan drama tempatan yang didakwa memaparkan unsur tidak bermoral menjelang Ramadan.

PENDAKWAH bebas Ustazah Asma’ Harun menegur kandungan sebuah drama tempatan yang didakwa memaparkan unsur tidak bermoral serta adegan berbaur lucah sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. 

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, Asma' menyifatkan paparan tersebut sebagai memalukan dan meloyakan, apatah lagi ketika umat Islam kini berada di ambang Ramadan. 

Bagaimanapun Ustazah Asma' menjelaskan dia tidak mengikuti naskhah itu secara penuh, sebaliknya hanya melihat sedutan pendek yang kerap muncul di media sosial. [Tonton sini]

“Drama tak bermoral dan ala ala ‘soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadan..ia amat memalukan dan meloyakan. 

Drama Bisik Asmara dibintangi Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Sophia Albarakbah. 

"Saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di media sosial dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’.

“Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan? Nak cerita bagaimana curang dan sondol itu bermula? Nak didik masyarakat supaya jangan curang? Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ini dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran? 

"Jadi penonton kena sabar dulu? Jangan judge, jangan buat kesimpulan awal dan lain-lain,” tulisnya. 

Dalam perkongsian itu, Asma’ turut menjelaskan walau apa pun matlamat yang ingin disampaikan, ia tidak boleh menghalalkan cara yang bertentangan dengan hukum syarak. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Dolla tolonglah berubah" - Asma’ Harun tegur MV ‘Question’, kecewa peminat turut beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap subahat, Asma' Harun kesal pelakon pandang ringan isu babak panas... Filem ‘Pulau’ wajar dibatalkan

“Untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara ajnabi (lelaki perempuan asing), apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah asmara haram ini, semuanya adalah maksiat dan dosa.

“Jelasnya apapun matlamat yang baik, tidak menghalalkan cara yang haram,"katanya. 

Bisik Asmara merupakan drama penuh emosi yang mengetengahkan tema kesunyian, godaan serta konflik dalaman. 

Drama ini mula bersiaran sejak 21 Januari lalu menerusi slot Samarinda di TV3 serta turut boleh distrim di platform iQIYI. 

Asma'  Harun menjelaskan apa juga mesej ingin disampaikan tidak boleh menghalalkan adegan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Drama 20 episod itu menampilkan gandingan hebat Zul Ariffin, Sophia Albarakbah dan Uqasha Senrose serta diarahkan oleh Jamal Khan. 

Terdahulu Asma' memuat naik pandangan peribadi beserta foto sebuah artikel yang memaparkan dialog manja antara Zul dan Uqasha yang mengundang rasa kurang senang. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain