PELAKON Intan Najuwa masih belum bersedia untuk kembali bekerja dalam tempoh lama kerana tidak sanggup berjauhan dengan anaknya, Imane Lunara.Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, paling lama dia mampu berjauhan dengan anaknya sebelum ini hanya empat jam. Kata Intan, suaminya yang juga usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman kerap berada di rumah dan meluangkan waktu bersama anak."Entahlah belum bersedia lagi nak jalani penggambaran dalam tempoh yang lama, lebih-lebih lagi terpaksa tinggalkan keluarga.Perkongsian Intan di Instastory miliknya."Sejak hari Lunara dilahirkan, saya dan suami sentiasa bersamanya hampir 24 jam. Saya rasa belum bersedia untuk bekerja dalam tempoh yang panjang dan jauh daripadanya."Suami saya pula hampir setiap hari bekerja dari rumah, jadi dia sentiasa ada untuk saya dan Lunara. Kami bertiga sentiasa bersama," katanya. Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya. Dalam pada itu, Intan turut menceritakan reaksi Lunara yang menangis sebaik melihat dia masuk ke dalam kereta untuk keluar bekerja.ARTIKEL BERKAITAN: Usaha memasak dipandang remeh, Intan Najuwa faham penat lelah di dapurARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa pertahankan golongan ibu bekerja, minta pengasuh lebih tanggungjawabTambah pelakon drama Racun Rihanna itu, Lunara kini kelihatan sedikit trauma setiap kali dia jauh daripada pandangan matanya. "Saya keluar untuk sesi penggambaran hari ini (Jumaat) dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Ini kali pertama saya meninggalkan Lunara."Biasanya paling lama pun cuma empat jam saya berjauhan dengan anak. Pagi tadi (Jumaat), ketika saya hendak keluar bekerja, dia menangis apabila nampak saya masuk ke dalam kereta. Hati saya rasa sangat berat sepanjang sesi penggambaran itu."Bila saya balik rumah, dia kelihatan sedikit trauma setiap kali saya hilang dari pandangannya," ujarnya. Intan bagaimanapun menjelaskan bahawa 'separation anxiety' bukan sahaja dirasai oleh anaknya, malah dia sendiri turut berat hati meninggalkan Lunara."Saya tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi perasaan separation anxiety kami memang betul-betul wujud. Kami memang tak biasa langsung berjauhan atau hilang dari pandangan antara satu sama lain. Intan (kiri) dan suami sentiasa berada di rumah bersama anak mereka."Suami saya sentiasa ada untuk kami di rumah. Sejak hari kami berkahwin sampai sekarang, dia tak pernah sekali pun terlepas makan bersama di rumah."Sebab itulah untuk kembali bekerja terasa sangat berat. Saya harap akan jumpa kekuatan itu tidak lama lagi," katanya. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube