PENYANYI Kayda Aziz memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan khabar angin mengenai bapanya yang juga komposer Roslan Aziz telah meninggal dunia. Kayda atau Wan Nur Khaleda Roslan, 34, berkata bapanya masih hidup dan sihat selepas sembuh daripada kanser limfoma. Tegas Kayda, Roslan juga menjadi wali ketika dia mendirikan rumah tangga pada 2 Februari lalu. Perkongsian Kayda di Instastory miliknya."Bagi mereka yang menyangka ayah saya telah meninggal dunia, dia masih hidup. "Ya, dia pernah menghidap kanser limfoma tahap empat pada penghujung tahun 2021 tetapi berjaya sembuh. "Dia juga menjadi wali saya pada hari perkahwinan saya. Tolong jangan sebarkan berita palsu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kayda Aziz selamat bergelar isteri, Sheila Majid berseri sambut menantuARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid tak pernah hasut anak-anak menentang bekas suami, terap adab dan rasa hormat pada Roslan AzizKayda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Kayda turut menegaskan bapanya kini berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa segelintir pihak."Masih hidup dan sihat," ujarnya. Pada 2 Februari lalu, anak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid itu selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Syafiq.Kayda (kiri) merupakan anak sulung Sheila dan Roslan.Untuk rekod, Sheila atau Shahiela Abdul Majid, 61, pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslan pada 1989 sebelum bercerai pada tahun 2000.Selain Kayda, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Megat Abdul Majid.Pada Ogos 2022, Roslan pernah disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sebelum dilaporkan berjaya menjalani rawatan dan kembali pulih.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube